awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad fizikal sah sementara peroleh sijil digital MySejahtera

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2021
00:09 MYT
Kad fizikal sah sementara peroleh sijil digital MySejahtera
Penerima vaksin Sinovac yang lengkap dua dos vaksin tetapi belum mendapat sijil digital akan menikmati keistimewaan sama dalam penggunaan kad vaksin itu. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Kad peringatan vaksin (VRC) yang diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selepas lengkap dua dos vaksin adalah sah sementara MySejahtera menyelesaikan isu kemas kini sijil digital vaksin COVID-19.
Pharmaniaga melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan, penerima vaksin Sinovac yang lengkap dua dos vaksin tetapi belum mendapat sijil digital akan menikmati keistimewaan sama dalam penggunaan kad vaksin itu.
Menurut Pharmaniaga, kad peringatan vaksin merupakan prasyarat untuk proses pendaftaran vaksin yang ditetapkan oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA).
“Penggunaan VRC diwajibkan oleh Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin COVID19 (JKJAV) semasa proses vaksinasi kerana mengandungi maklumat penting seperti tarikh vaksinasi dan vaksin yang diterima,” katanya kenyataan tersebut.
Menurut JKJAV dalam pengumuman yang dibuat pada 23 Julai lalu, individu yang belum mendapat sijil digital dalam aplikasi MySejahtera mereka boleh menggunakan VRC sebagai bukti penuh status vaksinasi sehingga pasukan MySejahtera menyelesaikan isu tersebut.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan kemas kini sijil digital dalam masa seminggu.
Justeru, Pharmaniaga mengingatkan, individu yang tidak memiliki telefon pintar, sama ada mereka yang tidak mahir secara teknikal atau yang tinggal di kawasan terpencil, adalah sangat penting bagi mereka untuk menjaga kad vaksinasi fizikal mereka dengan selamat.
BACA: Tempoh seminggu untuk pasukan MySejahtera selesaikan isu tiada sijil digital - Khairy
Ini kerana, ia adalah satu-satunya bukti bahawa mereka telah menerima vaksinasi lengkap.
“Dengan penjelasan ini, Pharmaniaga berharap ini dapat meredakan kebimbangan masyarakat terhadap isu tersebut.
“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan atas sokongan mereka membantu menyelesaikan masalah ini, dan juga orang ramai atas kesabaran mereka,” jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#kad fizikal
#sijil digital
#MySejahtera
#PPV
#JKJAV
#Pharmaniaga
#Sinovac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan