HULU LANGAT: Sembilan tahun lalu, Zawani Abdul Ghani, 49, diuji apabila suaminya diserang angin ahmar menyebabkan separuh badan tidak boleh bergerak.
Bertitik tolak daripada insiden itu, suri rumah tersebut hilang punca pendapatan apabila Yaakob Hamid, 59, tidak lagi berkudrat untuk menyara keluarga.
Dugaan semakin berat apabila anak keempat mereka, Muhammad Hiqbal, 19, pula hilang keupayaan fizikal apabila kedua-dua belah kakinya tidak boleh bergerak akibat kemalangan motosikal pada 2020.
Keadaan itu menambah sulit buat ibu kepada lapan cahaya mata itu kerana satu-satunya sumber pendapatan tetap yang ada ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 yang diberikan kepada Muhammad Hiqbal.
Suaranya sayu apabila mengakui pernah terputus bekalan makanan selama dua minggu kerana ketiadaan wang.
Luah Zawani lagi, pada masa itu rasa segan sudah tidak lagi dihirau, asalkan suami dan anak-anaknya terisi perut.
Selain daripada bantuan masjid, adik-beradik dan jiran-jiran turut menjadi tempat bergantung harap buat wanita itu.
Katanya, bantuan zakat sebanyak RM700 yang diterima sebelum ini terhenti sejak awal tahun lalu kerana kelewatannya membuat kemas kini.
"Sekarang (suami) sudah okay cuma susah nak bercakap dengan orang. Lidah dia macam kelu untuk bercakap satu-satu ayat, kadang-kadang tak lepas.
"Separuh badan sebelah kanan dia memang tak kuat sangat. Kadang-kadang dia usaha juga buat kerja rumah.. mesin rumput tapi tak kuat macam dulu," kata Zawani kepada Astro AWANI ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Chat, Hulu Langat di sini.
"(Sumber pandapatan) kadang-kadang anak yang kerja tolong juga. Bantuan makanan daripada zakat ada bagi, kadang-kadang susah juga belanja dapur ke apa… sampai ada yang terputus. Memang dua minggu lah kadang beras tak ada kan," tambahnya dalam nada sebak.
Berkongsi lebih lanjut, Zawani berkata, bukan anak-anaknya tidak membantu, tetapi pendapatan mereka juga sekadar mampu menyara diri sendiri.
Lebih menyulitkan, Zawani menambah, perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.
Pun begitu, dia bersyukur kerana ada bantuan barangan perubatan sebanyak RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor, yang membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan rawatan buat anaknya itu.
Beban berganda apabila Zawani terpaksa menanggung hutang kos rawatan Muhammad Hiqbal sebanyak RM12,000 yang sehingga hari ini belum mampu dilangsaikan.
Katanya, ketika kemalangan di Cheras dua tahun lalu, Muhammad Hiqbal dimasukkan ke sebuah hospital semi kerajaan selama dua bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang.
"Ada sampai surat merah (bil hospital)... saya pun tak jelaskan lagi, saya dapat bayar sikit-sikit sahaja. Kalau ada (duit) saya bayar, kalau tak ada saya diamkan sahaja," luahnya lagi.
Bantuan rumah
Rumah pusaka peninggalan arwah ibu Zawani menjadi tempat berteduh buat 10 beranak itu.
Setiap kali hujan lebat... baldi terpaksa digunakan untuk menadah air kerana keadaan atap yang sudah bocor.
Menurut Zawani, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah itu kerana tiada pilihan lain.
"Cuma rumah ini sahaja yang ada, dia (arwah ibu) sudah serahkan kepada saya. Tetapi rumah ini sudah teruk sangat bagi kami yang mempunyai anak ramai.
"Kadang malam bocor... Nak bertadah sana, bertadah sini. Kalau hujan lebat sangat tempias masuk, dan dinding pun sudah reput," ujarnya yang berharap ada pihak yang sudi membantu menyediakan kediaman yang lebih baik.
Sementara itu, Penyelaras Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Giat Mara Daerah Hulu Langat, Azman Abu Bakar berkata, pihaknya sedang melakukan penilaian terhadap permohonan Zawani bagi membina rumah baharu sebelum mengemukakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk kelulusan.
"Kita melaksanakan PPRT mengikut prosedur yang telah disediakan. Jadi, syarat-syarat pertama dari segi status tanah pemohon itu. Sekiranya pemohon tidak ada nama dalam di dalam geran, kita cuba tengok penama yang hampir dan memohon kebenaran daripada penama untuk membina rumah.
"Ini ada permohonan pertama dan saya diminta oleh pemimpin masyarakat kawasan ini buat siasatan. Dalam siasatan itu merangkumi semua sekali termasuk status tanah atau eKasih pemohon," ujarnya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun Bank Islam bernombor 12-092-02-282207-4 di atas nama Yaakob Hamid, atau hubungi Zawani di talian 019-360 3901.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 18 2022
Zawani (kiri) bersama Muhammad Hiqbal (tengah) dan suaminya, Yaakob ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pak Chat, Hulu Langat hari ini - Astro AWANI
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
'Kadang dua minggu terputus bekalan makanan' - Suri rumah jaga suami strok, anak OKU
Zawani menambah perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal sahaja mencecah sehingga RM1,500 sebulan.
Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.
6 beranak tinggal di rumah bot usang di Tasik Kenyir dapat bantuan PPRT
Enam sekeluarga yang tinggal di sebuah rumah bot rosak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu akan berpindah ke rumah sementara disediakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA, garis tiga fokus utama - Syed Saddiq
Menerusi inisiatif itu, beliau menggariskan tiga fokus utama SEJIWA meliputi pendidikan, bantuan makanan dan urusan vaksinasi.
Keluarga susah hanya jamah nasi berulamkan gula, bubur kosong
Sebuah keluarga di Taman Cendana di Pasir Gudang di sini hanya mampu menjamah nasi 'berulamkan' gula serta bubur kosong sejak empat hari lepas bagi mengalas perut.