awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar jenayah di Selangor catat penurunan 7.2 peratus

Bernama
Bernama
03/12/2019
14:14 MYT
Kadar jenayah di Selangor catat penurunan 7.2 peratus
Datuk Noor Azam Jamaludin berkata 18,265 kes direkodkan dalam tempoh itu, berbanding tempoh sama dua tahun lepas yang mencatatkan 19,685 kes pada 2018 dan 23,834 kes (2017). - Foto BERNAMA
Selangor mencatatkan penurunan kadar jenayah 7.2 peratus atau 1,420 kes sejak Jan hingga Nov tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata 18,265 kes direkodkan dalam tempoh itu, berbanding tempoh sama dua tahun lepas yang mencatatkan 19,685 kes pada 2018 dan 23,834 kes (2017).
"Kejayaan ini adalah hasil usahasama antara polis dan masyarakat termasuklah komuniti perindustrian serta perniagaan, namun, kita tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian ini tetapi harus berganding bahu mengatur strategi pencegahan yang berkesan secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program 'Neighbourhood Watch' Polis Selangor Siri 2/2019 di Wisma Natural Health Farm (NHF) di sini, hari ini, dan antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif NHF Dr Rebecca Tiew.
Mengulas mengenai program berkenaan, Noor Azam berkata ia disasarkan untuk dilaksana di kawasan perindustrian sebagai engagement bersama komuniti terlibat dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di lokasi berkenaan.
Katanya impak program pada Siri 1/2019 yang dilancarkan pada April lepas di kawasan perindustrian Seksyen 26, 27, dan 28 di sini amat memberangsangkan apabila kadar jenayah di kawasan itu menurun ke tahap mampu diurus.
Justeru kata Noor Azam, pihaknya akan memperhebatkan lagi program berkenaan di pelbagai kawasan perindustrian di seluruh negeri berkenaan pada masa depan.
"Menerusi kluster-kluster seperti ini, kita akan adakan perbincangan setiap tiga bulan sekali mengenai permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Mana-mana masalah berkaitan jenayah, polis akan ambil tindakan. Jika ia berkaitan pihak berkuasa tempatan, kita serahkan kepada agensi terlibat.
"Kita sasar untuk selesaikan masalah secara kolektif kerana jika kes dilaporkan oleh individu, mungkin tindakan agak lambat namun jika (laporan) dibuat secara kolektif, saya yakin tindakan segera akan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar jenayah Selangor
#neighbourhood watch
#Noor Azam Jamaludin
#penurunan kadar jenayah
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan