Indeks Jenayah di seluruh negara berkurangan sebanyak 9 peratus setahun dengan merekodkan jumlah penurunan keseluruhan sebanyak 47 peratus dari 2010 hingga 2016.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kadar pengurangan jenayah pada 2016 agak perlahan dengan hanya mencatatkan 2.8 peratus, ia bukanlah petunjuk bahawa insiden jenayah semakin meningkat.
"Sebaliknya, ia memberi gambaran bahawa semakin ramai dalam kalangan rakyat yang mengambil inisiatif untuk melaporkan kejadian jenayah. Perkara ini membuktikan rakyat semakin cakna dan waspada dalam usaha mengurangkan jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa penurunan kadar jenayah yang lebih perlahan adalah selari dengan pertambahan penduduk serta pembangunan pesat negara.
"Bersandarkan hakikat bahawa bandar-bandar dan negara-negara paling selamat di dunia juga tidak bebas jenayah sepenuhnya, pencapaian NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah sehingga hujung 2016 adalah pencapaian yang boleh dibanggakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) yang diperkenalkan pada 2015 adalah sejajar dengan usaha kerajaan memerangi jenayah melalui pendekatan yang lebih tertumpu.
Daripada 80 peratus yang dicatatkan pada 2015, PCI mencatatkan penurunan ketara kepada 61 peratus tahun lepas.
"Angka ini melambangkan pengurangan dalam kegusaran dan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan menjadi mangsa jenayah sekaligus memberikan isyarat bahawa rakyat berasa lebih selamat," katanya.
Selain itu, inisiatif Kepolisan Moden dan wawasan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyasarkan untuk mewujudkan pasukan polis berorientasikan perkhidmatan bertaraf dunia menjelang 2020 melalui penggunaan teknologi untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti.
Menerusi penyelarasan dan proses mudah cara serta amalan kerja, anggota polis berupaya memfokuskan usaha membanteras elemen ancaman sedia ada dan berdepan dengan cabara yang baharu, katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang pemerdagangan manusia dan pengedaran dadah selain ancaman pengganas yang menerobos sempadan negara.
"Saya percaya Agensi Keselamatan Sempadan yang baru diwujudkan dan Makmal Keselamatan Sempadan yang diadakan pada April 2016 mampu memperkukuh sempadan negara dan mencegah sindiket penjenayah daripada membolosi dan beroperasi di sempadan negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kadar pengurangan jenayah pada 2016 agak perlahan dengan hanya mencatatkan 2.8 peratus, ia bukanlah petunjuk bahawa insiden jenayah semakin meningkat. - Foto Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.