PADANG BESAR: Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia pencapaian yang baik memandangkan penerimagunaan 5G sebelum ini agak rendah iaitu sekitar 12 hingga 15 peratus sahaja pada November 2023.
"Jadi dalam tempoh cuma lima, enam bulan kita telah berjaya meningkatkan daripada 15 peratus lebih kurang ke lebih 35 peratus...hampir 36 peratus sekarang. Jadi saya lihat ramai yang memanfaatkan (rangkaian 5G) terutama pakej-pakej 5G yang disediakan.
"Saya juga baru-baru ini telah meminta supaya pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) meneliti supaya kita boleh mempertimbang adakan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan rangkaian 5G untuk menyediakan pakej 5G bagi mahasiswa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Fahmi berkata kerajaan dijangka mengumumkan rangkaian kedua 5G pada minggu hadapan yang dilihat akan membawa implikasi positif dan besar dari segi liputan serta penerimagunaan perkhidmatan tersebut.
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk melihat beberapa perkara bagi membantu menyediakan Internet lebih murah dan pantas di sekolah seluruh negara.
"Terdapat lebih 4,000 sekolah yang menjadi lokasi untuk projek PoP dan sejumlah sekolah-sekolah ini kita harap sekolah-sekolah di luar bandar khususnya, akan dapat manfaat dengan penyediaan Internet yang lebih laju dan lebih murah melalui projek PoP.
"Jadi saya telah minta Datuk KSU (Mohamad Fauzi) untuk berbincang dengan pasukan Kementerian Pendidikan juga melalui MCMC untuk memaklumkan semua penyedia perkhidmatan Internet yang terlibat dalam program PoP supaya bersedia untuk menyediakan Internet lebih murah dan lebih laju kepada sekolah terlibat," katanya.
Sebanyak 437,000 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang akhir 2025 menerusi pembinaan rangkaian Hab Gentian Optik PoP bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Pembinaan 4,323 PoP di kawasan berhampiran sekolah luar bandar dan 47 PoP di kawasan perindustrian, yang melibatkan peruntukan RM4.6 bilion, dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan 677 PoP bermula 2021 hingga kini, manakala fasa kedua dilaksanakan dari 2022 hingga 2025 meliputi 3,693 PoP.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Fahmi berkata ia pencapaian yang baik memandangkan penerimagunaan 5G sebelum ini agak rendah iaitu sekitar 12 hingga 15 peratus sahaja pada November 2023. - Gambar/ Bernama
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.