awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 4.7 peratus pada Ogos

Bernama
Bernama
13/10/2020
14:16 MYT
Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 4.7 peratus pada Ogos
Bilangan penganggur pada bulan berkenaan turun sedikit sebanyak 3,500 orang kepada 741,600 berbanding Julai 2020. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran negara pada Ogos 2020 kekal pada4.7 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bagaimanapun, bilangan penganggur pada bulan berkenaan turun sedikit sebanyak 3,500 orang kepada 741,600 berbanding Julai 2020, katanya dalam laporan Statistik Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada Selasa.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata guna tenaga terus meningkat susulan lebih banyak pembukaan semula aktiviti ekonomi mulai Julai 2020 termasuk aktiviti pelancongan, pendidikan dan kesenian, hiburan dan rekreasi.
"Pada bulan itu, bilangan penduduk bekerja meningkat 0.5 peratus kepada 15.15 juta orang berbanding 0.6 peratus pada Julai 2020, berikutan peningkatan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; penginapan dan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Selaras dengan itu, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan meningkat 0.3 mata peratus bulan ke bulan kepada 65.2 peratus (Julai 2020: 64.9 peratus)."
Dari segi status pekerjaan, kategori pekerja meningkat sebanyak 72,600 orang berbanding bulan sebelumnya dengan merekodkan 11.72 juta orang.
Guna tenaga yang bekerja sendiri merangkumi 2.42 juta orang, mencatat pertumbuhan positif buat pertama kalinya sejak April 2020.
Sementara itu, hanya 102,000 penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktuberbanding 104,300 orang yang direkodkan pada bulan Julai 2020.
Dengan situasi penduduk bekerja dan penganggur pada Ogos 2020, tenaga buruhpada bulan ini adalah sebanyak 15.90 juta orang (Julai 2020: 15.82 juta orang).
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus.
Sementara itu, luar daripada tenaga buruh turun 0.7 peratus kepada 7.35 juta orang.
Komposisi terbesar luar daripada tenaga buruh ini disebabkan oleh persekolahan, diikuti dengan kerja rumah/ tanggungjawab keluarga.
Ketua Perangkawan itu berkata pembukaan semula sektor ekonomi secara berterusan telah menyaksikan kedudukan tenaga buruh Malaysia semakin pulih pada Ogos 2020.
"Namun begitu, pemulihan berterusan ini tertakluk kepada situasi COVID-19 dalam negara," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangguran
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#DoSM
#Statistik Tenaga Buruh
#Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan