PUTRAJAYA: Kadar pengangguran negara menurun pada April tahun ini iaitu 3.9 peratus, berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, April 2022 dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kedudukan tenaga buruh pada bulan tersebut terus mengukuh dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 16.50 juta orang, berbanding 16.44 juta orang pada Mac.
"Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.2 mata peratus kepada 69.4 peratus daripada 69.2 peratus pada Mac 2022, menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penduduk bekerja menunjukkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.5 peratus dan merekodkan 15.85 juta orang pada April berbanding 15.77 juta orang pada Mac.
Mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata kategori pekerja yang merangkumi komposisi terbesar jumlah penduduk bekerja, iaitu sebanyak 76.3 peratus, meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 12.09 juta orang, berbanding 12.06 juta orang yang direkodkan pada Mac.
Katanya, penduduk bekerja sendiri terus bertambah sebanyak 1.2 peratus kepada 2.72 juta orang pada April (Mac: 2.69 juta).
"Peningkatan ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh lebih banyak aktiviti perniagaan sempena sambutan Ramadan dan persiapan menjelang Aidilfitri pada bulan tersebut, selari dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang menggalakkan sektor pelancongan dan industri berkaitan pelancongan untuk meneruskan aktiviti mereka," katanya.
Dalam sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus mengekalkan trend positif terutama dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta bidang kesihatan dan kerja sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Kedudukan tenaga buruh pada bulan April terus mengukuh dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 16.50 juta orang, berbanding 16.44 juta orang pada Mac. - Gambar hiasan/Astro AWANI
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Jumlah penganggur dalam negara menurun, pasaran buruh kekal trend naik pada Jan 2024 - DOSM
Pasaran buruh negara kekal naik selari dengan kedudukan ekonomi negara yang meningkat dan sejajar perkembangan ekonomi global.
Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik pada November 2023
Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 telah kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober.
Kadar pengangguran Malaysia turun ke paras prapandemik COVID-19
Pasaran buruh negara menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil untuk tempoh 11 bulan pada tahun 2023.
Gaza hilang 66 peratus pekerjaan
Gaza kehilangan hampir 66 peratus pekerjaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt, menurut data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) pada Rabu.
Bilangan penganggur terus menurun pada Oktober - DOSM
Kadar pengangguran pada Oktober kekal pada 3.4 peratus seperti dicatatkan September lepas.
Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.
Kadar pengangguran negara terus menurun - Sivakumar
Kadar pengangguran negara terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatat 3.5 peratus pada suku pertama 2023.
Bilangan penganggur menurun pada Julai - DOSM
Bilangan penganggur pada Julai menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 579,200 orang berbanding 581,700 orang pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
NGO, badan korporat bantu kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah
Antara yang boleh dilakukan ialah program bimbingan meningkatkan kemahiran dan kursus keusahawanan yang sesuai dengan kehendak pasaran.