awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar penggunaan pengangkuran awam di Malaysia hanya 20 peratus - Loke

Bernama
Bernama
05/06/2025
00:00 MYT
Kadar penggunaan pengangkuran awam di Malaysia hanya 20 peratus - Loke
Angka itu masih di bawah sasaran 40 peratus seperti yang digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia setakat ini hanya sekitar 20 peratus, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata angka itu masih di bawah sasaran 40 peratus seperti yang digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.
"Jadi cabaran kita ialah bagaimana memastikan dasar ini dapat dicapai mengikut apa yang dihasratkan," katanya ketika ditemui selepas Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 6 di Menara Prasarana, di sini pada Rabu.
Forum itu membincangkan topik "Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam", yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Loke, ahli panel lain ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
Mengulas lanjut, Loke berkata pelaksanaan inisiatif Road to Rail sedang berjalan secara berfasa dan dijangka memberi impak besar kepada sektor logistik negara.
"Kita memang menggalakkan penggunaan rel. Sebab itu, inisiatif yang ingin kita fokuskan ialah Road to Rail untuk menggalakkan lebih banyak penggunaan rel bagi penghantaran kontena dan barangan.
"Apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap kelak, ia akan meningkatkan penggunaan rel untuk penghantaran barangan dan kontena ke Pantai Timur, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan darat seperti lori," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangkutan awam
#kadar penggunaan
#Anthony Loke
#Dasar Pengangkutan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami