Kemasukan pelancong asing ke negara ini tidak akan terjejas berikutan penyelarasan caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi destinasi antarabangsa selain ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bermula 1 Januari depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ini kerana kadar PSC berkenaan sebanyak RM73 adalah terendah di dunia.
Sambil menyelar dakwaan Anggota Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ab Aziz berkata langkah penyelarasan kadar PSC itu selaras dengan garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
“Peraturan antarabangsa ICAO tidak melakukan amalan diskriminasi dengan memberi caj istimewa kepada mana-mana lapangan terbang.
"Sebab itu, kita ingin mewujudkan industri yang lebih adil. Setakat ini kemasukan pelancong ke Malaysia terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia di sini pada Sabtu.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengumumkan caj PSC antarabangsa di KLIA2 akan dinaikkan kepada RM73 berkuat kuasa 1 Januari ini, bersamaan kadar pelepasan antarabangsa di semua lapangan terbang lain di Malaysia yang dinaikkan sejak Januari 2017.
Malah, PSC bagi pelepasan ASEAN diselaraskan kepada tahap lebih rendah, iaitu RM35 yang memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata Tony Pua adalah ahli politik yang hanya melihat dari satu sudut sahaja dan tidak hanya dalam industri penerbangan manakala Mavcom melihat dari semua sudut termasuk ekonomi secara holistik.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata kutipan PSC itu akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan di lapangan terbang kendalian MAHB.
“Kadar PSC di KLIA2 adalah menyamai PSC di lapangan terbang yang memberi perkhidmatan pelepasan antarabangsa seperti di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Senai.
“Tony Pua selalu membandingkan kemudahan KLIA dan KLIA2. KLIA2 mempunyai sistem pengendalian bagasi yang paling moden berbanding KLIA. Itulah kelebihan KLIA2 yang KLIA tidak ada,” katanya.
Sepanjang Januari hingga November tahun ini, KLIA mencatat kira-kira 38 juta pergerakan penumpang antarabangsa dan ini merangkumi lebih 70 peratus jumlah keseluruhan penumpang ke negara ini.
Mengulas isu kes pembolosan warga asing di KLIA, Badlisham menegaskan MAHB sentiasa meningkatkan usaha agar KLIA dan Malaysia tidak dilabel sebagai transit penyeludupan imigran.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk agensi penguatkuasa untuk membanteras dan mengawal aktiviti itu kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak dalam menjaga reputasi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2017
![Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512558172_AzizKaprawi.jpg)
Kemasukan pelancong ke Malaysia terus meningkat. - Gambar fail
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![VEP mula pada penghujung April VEP mula pada penghujung April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522902757_RakyatSingapura.jpg)
VEP mula pada penghujung April
Sistem tag Permit Kemasukan Kenderaan yang dikenakan terhadap kenderaan asing memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua, akan mula pada hujung bulan ini.
![Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494427831_MalaysiaAirports.jpg)
Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan kajian tersebut bagi memastikan wujud situasi menang-menang antara pengguna dan syarikat penerbangan.
![Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512558172_AzizKaprawi.jpg)
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
![Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81464617627_DewanRakyat.jpg)
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Tiga rang undang-undang itu ialah RUU MyIPO (Pindaan) 2017, RUU MAVCOM (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
![PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512558172_AzizKaprawi.jpg)
PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi
Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat
![Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61438340750_AzizKarpawi.jpg)
Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz
Kegagalan pesalah trafik membayar saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dikeluarkan selepas bulan Mei 2017 akan berdepan tindakan mahkamah awal tahun depan.
![MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61488637817_MHRemebrance.jpg)
MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan
Malaysia sedang meneliti tawaran syarikat Ocean Infinity sebelum memulakan misi baru dalam mencari pesawat MH370.
![Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500975948_AzizKaprawi.jpg)
Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi
Tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi.
![JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497358460_KetuaJBPM.jpg)
JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba
Kejadian pemandu kren yang didakwa enggan menghulurkan bantuan semasa nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong di Jempol baru-baru ini merupakan insiden pertama kali berlaku di negara ini.
![Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442323894_TrafficLight.jpg)
Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.