KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia kembali menurun.
Angka itu turun kepada 1.07 pada Khamis berbanding 1.09 hari sebelumnya.
Terengganu masih lagi mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.32.
Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.
Ini termasuk Putrajaya, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang.
Sabah dan Sarawak negeri terakhir merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
Sementara itu Labuan satu-satunya lokaliti merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Astro Awani
Thu May 06 2021
Angka itu turun kepada 1.07 pada Khamis berbanding 1.09 hari sebelumnya. - Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, tiada peningkatan kes mendadak - KP Kesihatan
Meskipun kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat, namun, kebanyakan kes adalah kategori satu dan dua seperti dijangkakan.
COVID-19: Nilai Rt meningkat, mungkin tanda awal kes akan melonjak - Dr Noor Hisham
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) di negara ini meningkat kepada angka 1.0 dan ini mungkin tanda awal kes positif wabak itu akan melonjak.
KKM pantau hospital berikutan kadar kebolehjangkitan COVID-19 meningkat - Khairy
Indikator kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) Malaysia kini meningkat kepada angka 1.0.
COVID-19: Nilai R-naught meningkat kepada 0.88, Putrajaya tertinggi
Ia saksikan kenaikan 0.01 peratus berbanding Ahad dengan 12 negeri catat R-naught melebihi purata kebangsaan
PKP 2.0 dianggap gagal, doktor juga keliru dengan SOP, kata Pakar Kesihatan Awam
"Saya rasa bukan sekadar rakyat Malaysia keliru tetapi doktor pun keliru, saya sendiri pun keliru." - Dr Hanafiah Bashirun.
Nilai R-Naught : Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi paras Rt nasional
Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Kelantan kini adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.
COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06, Terengganu tertinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, Sabtu lalu
COVID-19: Nilai R-naught negara meningkat 1.02, Perak tertinggi
Nilai ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari lalu.
COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 0.94, Kelantan tertinggi
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19.
PKP: Kesan 'lockdown' kedua kepada negara yang pernah laksanakannya
Pelaksanaan'lockdown'kedua bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya pernah dilaksanakan di beberapa negara.