awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24

Bernama
Bernama
08/03/2024
02:40 MYT
Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar zakat fitrah negeri Perak bagi tahun 1445 Hijrah. - Foto Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
IPOH: Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan pada kadar RM8, RM16 dan RM24.
Pegawai menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Wan Maizura Wan Zahari berkata kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.
"Bagi beras super import, beras perang, beras wangi dan yang seumpama /setara kadar bayaran ialah RM16 manakala beras basmathi, beras pulut dan yang seumpama/setara, kadarnya RM24," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tahun lepas, kadar zakat fitrah bagi ketiga-tiga pilihan penggunaan beras berkenaan ditetapkan masing-masing pada kadar RM7, RM14 dan RM21.
Wan Maizura berkata kaedah bayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui amil zakat fitrah sama ada di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta yang terpilih.
"Amil zakat fitrah bertemu secara langsung dengan pembayar. Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil zakat fitrah dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat fitrah terutama warga emas," katanya.
Menurutnya bayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi medium Financial Process eXchange (FPX) MAIPk dengan melayari laman sesawang https://ezakat.maiamp.gov.my/, aplikasi GoPayZ, Shopee atau Maybank2u.
Pembayar boleh memuat turun penyata bayaran zakat fitrah menerusi sistem portal penyata zakat MAIPK di pautan https://online.maiamp.gov.my/zakatperak/ untuk simpanan dan cetakan.
Penyata bayaran zakat fitrah boleh diperoleh selepas tiga hari transaksi dibuat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#MAIPk
#kadar bayaran
#zakat fitrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan