Kadar zakat fitrah bagi Selangor tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop.
Beliau berkata kadar zakat fitrah itu ditetapkan berdasarkan harga semasa beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya diguna oleh masyarakat di negeri ini.
Bagi golongan berkemampuan pula katanya, mereka digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah sebanyak RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan.
Bagaimanapun, disebabkan ramai umat Islam di Selangor terkesan kemampuan kewangannya susulan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka boleh menunaikan zakat fitrah mengikut kemampuan diri serta keluarga masing-masing.
"Menunaikan zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam namun jika tahap ekonomi individu itu terbatas ketika ini, mereka boleh membayarnya ikut kemampuan diri dan keluarga.
"Contohnya, jika keluarga ada empat orang tapi yang mampu untuk dibayar hanya dua orang, maka bayar dua orang saja," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan pelaksanaan PKP, pembayaran zakat fitrah dan zakat harta buat masa ini dilakukan secara dalam talian menerusi laman web ezakatPAY LZS atau secara perbankan internet Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB Bank, Bank Islam, Alliance Bank selain portal MyEG, Pos Online dan aplikasi e-dompet GoPayz serta Boost.
Saipolyazan berkata, bermula hari ini juga, pembayaran fidyah boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web ezakatPAY untuk memudahkan orang ramai melunaskannya dan bagi yang ingin membuat semakan penyata zakat, ia boleh dilakukan menerusi laman web https://ezo.zakatselangor.com.my.
Mengenai inisiatif LZS membantu golongan yang tidak mahir menggunakan internet bagi menunaikan zakat fitrah sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lagi, beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat kesesuaian untuk melantik penolong amil fitrah bagi tujuan kutipan pembayaran itu.
"Kami sedang berbincang dengan MKN untuk mengutip zakat fitrah menerusi penolong amil fitrah dan jika diluluskan, kaedahnya tertakluk kepada garis panduan yang diberikan pihak berkuasa bagi memastikan tidak berlaku penularan COVID-19 menerusi cara kutipan ini," katanya.
Beliau berkata, pemilihan penolong amil fitrah yang dikemukakan dalam perbincangan dengan MKN juga hanya melibatkan golongan tidak berisiko tinggi dan tidak bergejala selain mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020

Kadar zakat fitrah itu ditetapkan berdasarkan harga semasa beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya diguna oleh masyarakat di negeri ini. - Gambar hiasan

Integriti halal | Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai JAKIM
SICHMA, yang merupakan badan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didakwa gagal memantau malah terlibat secara langsung untuk menutup pelbagai salah laku membabitkan rumah penyembelihan haiwan milik Thomas Foods International (TFI).

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik - Tun M
Dasar Pandang Ke Timur boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi
Saksi itu juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Najib gagal dalam rayuan saman AmBank, bekas pegawai
Ia selepas panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu.

Rayuan kes saman Najib terhadap AMMB Holdings, AmBank dan Joanna Yu pada 5 Okt
Bekas perdana menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan AMMB Holdings Berhad, AmBank dan Yu untuk membatalkan saman yang difailnya.

Moratorium pinjaman: Ketahui bagaimana anda boleh memohon
Pelan PEMULIH memperluaskan pemberian moratorium automatik kepada semua golongan termasuk M40 dan T20.

1MDB: Kerajaan terima kembali RM336 juta daripada Deloitte PLT
Sehingga kini, Akaun Amanah berkenaan telah menerima sebanyak RM16.386 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh beri kesan kepada industri eksport - Ambank
Pelaksanaan semula Sekatan Pergerakan Penuh dari 1 hingga 14 Jun depan akan memberi kesan kepada ekonomi kerana industri berorientasikan eksport juga akan mengalami tekanan.

Bicara kes Najib berkaitan dana SRC RM27 juta ditangguh sehingga Ogos
Bekas Perdana Menteri itu berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta.

Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.