PUTRAJAYA: Kaedah pengagihan zakat perlu ditambah baik dengan mengutamakan pencarian asnaf berbanding hanya menunggu permohonan daripada mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
"Dalam erti kata lain, saya mengharapkan kita yang mencari bukannya mereka (asnaf) datang meminta," katanya yang mahu institusi dan agensi zakat meneruskan usaha agresif turun ke lapangan mencari para asnaf.
Idris berkata institusi zakat dan wakaf perlu diperkasa dari sudut keberkesanan sistem penyampaian dan ijtihad hukum bagi berhadapan dengan cabaran baharu pasca-COVID-19 untuk memastikan peranannya membantu golongan memerlukan kekal relevan.
"Terdapat pelbagai pendekatan baharu yang boleh dilaksanakan dan selagi mana masih berada dalam kerangka syarak, kita perlu keluar daripada zon selesa dan mengorak langkah ke hadapan dengan yakin.
"Saya mengharapkan senarai data yang ada pada ahli kariah dapat kita manfaatkan untuk kita turun bagi menyantuni golongan yang memerlukan supaya kita memudahkan dan bukan menyusahkan. Kita mencari dan bukan mereka yang datang meminta," katanya ketika merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 secara dalam talian hari ini.
Idris berkata program seperti Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan wajar dijadikan wadah perbincangan bagi meningkatkan keberdayaan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan agensi mengurus zakat di Malaysia agar bergerak seiring dengan tuntutan semasa dalam menangani permasalahan sosioekonomi ummah.
Beliau berkata pandemik COVID-19 telah membuka mata pelbagai pihak mengenai peranan yang dimainkan oleh MAIN dan agensi mengurus zakat dalam agenda membantu masyarakat yang terjejas akibat COVID-19.
Idris dalam pada itu berkata institusi zakat dan wakaf perlu memanfaatkan teknologi khususnya media sosial untuk memaklumkan segala usaha yang telah diambil oleh MAIN dan agensi mengurus zakat dalam membantu para asnaf dan pihak yang terjejas dengan COVID-19.
Beliau berkata tema sambutan Bulan Zakat Kebangsaan tahun ini iaitu 'Zakat Prihatin: Muzakki Cakna, Asnaf Merasa' merupakan terjemahan kepada konsep Keluarga Malaysia yang telah dipraktikkan dalam hal ehwal pentadbiran zakat di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Idris berkata institusi zakat dan wakaf perlu diperkasa dari sudut keberkesanan sistem penyampaian dan ijtihad hukum. - Bernama
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah
Pengurusan masjid serta agensi kerajaan yang mengadakan majlis ilmu sepanjang Ramadan perlu memastikan penceramah diundang adalah bertauliah.
MAIK kutip lebih RM256 juta zakat tahun lepas
MAIK rekod peningkatan kutipan zakat lebih RM256 juta tahun lepas berbanding lebih RM228 juta pada tahun 2022.
PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain
Anwar memberi contoh, tanpa penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada yang lain langsung tidak dibantu.
Institusi zakat perlu selesaikan masalah asas kemiskinan tegar - Perdana Menteri
Zakat bukan institusi biasa bagi menjana pendapatan negara, sebaliknya ia penting dalam usaha membanteras kemiskinan.
MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak
Terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan.
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.