KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan memecahkan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Okt depan, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini adalah kerana guru hanya perlu mengajar secara bersemuka mengenai silibus yang sama, untuk dua kumpulan murid yang berbeza.
"Kaedah pelaksanaan sistem penggiliran ini ialah satu kelas kita pecahkan kepada dua kumpulan, minggu pertama kumpulan A yang datang ke sekolah akan belajar secara bersemuka dengan guru, dan minggu seterusnya kumpulan ini akan belajar di rumah dan perkara yang mereka perlu buat adalah melakukan tugasan seperti aktiviti, buku teks termasuk pembelajaran melalui Youtube yang diberikan guru.
"Sistem ini tidak akan tambah beban tugas guru, sebab guru memang sudah buat persediaan dan rancangan mengajar, mereka hanya kongsikan perkara ini dengan murid untuk buat persediaan di rumah dan bila murid datang semula ke sekolah, guru akan tengok topik mana yang anak murid mereka tidak faham, guru akan bantu," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Inklusif: Pengoperasian Sekolah Secara Selamat dan Kondusif yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Jelasnya, kumpulan B akan hadir ke sekolah pada minggu berikutnya untuk mengikuti sesi pembelajaran bersemuka.
Dalam pada itu, Radzi berkata dalam memastikan aspirasi kerangka yang dikeluarkan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik, jaringan komunikasi bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan di peringkat bawah digunakan sebaiknya.
"Ibu bapa sendiri turut memohon supaya diadakan libat urus sekolah dengan ibu bapa, supaya masing-masing faham apa yang kementerian lakukan.
"Semalam, kami juga ada berjumpa Pengarah Pendidikan dan katakan arahan kami bahawa anak-anak kalau tidak datang sekolah, ada surat tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kami sudah pesan janganlah pula nanti keluar surat amaran bila murid tiga hari tidak hadir ke sekolah, diberikan surat amaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Datuk Radzi Jidin berkata ini adalah kerana guru hanya perlu mengajar mengenai silibus yang sama, untuk dua kumpulan murid yang berbeza. - Gambar fail

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Senarai Makluman Pelabur mengandungi senarai tapak web yang tidak dibenarkan, produk pelaburan, syarikat dan individu.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.
![[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah [KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652709453_Gurubulisekolah.jpg)
[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah
Negara dikejutkan dengan pendedahan budaya buli dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan terutamanya membabitkan doktor pelatih sehingga mewujudkan hazard psikososial dalam kalangan mereka.

KPM tidak kompromi pihak sekolah sembunyi kes buli - Radzi
Pihak sekolah diingatkan tidak menyembunyi kes-kes buli kerana masalah ini merupakan masalah yang perlu ditangani secara bersama.

'Raikan pengorbanan guru kita'
Program yang berlangsung di UMK Kampus Bachok itu akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dengan membawa tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera'.

Malaysia Teacher Prize tawar hadiah utama wang tunai RM50,000
Anugerah itu menyasarkan 1,000 penyertaan daripada guru-guru di seluruh negara dalam penganjuran sulungnya.

Maldives teroka peluang pendidikan dengan Educity Iskandar
Kerjasama itu termasuk membangunkan program pembangunan bakat yang komprehensif bagi meningkatkan kualiti tenaga pengajar Maldives.

'Tangani segera isu warden asrama, beban guru' - JKPPH garis 4 cadangan kepada KPM
JKPPH berkata, terdapat pelbagai keluhan daripada guru-guru berkaitan bebanan tugas mereka yang begitu banyak sehingga menjejaskan tumpuan mereka untuk mendidik.

'Murid lintas sungai guna tong dram tak patut berlaku'
Video tular dua orang kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah melintasi sungai menggunakan tong dram yang ditarik menggunakan rel tidak sepatutnya berlaku.

Siar TikTok 'live' dari dalam kelas, KPM sedang teliti tindakan sewajarnya terhadap guru
Risiko kesan yang perlu didepani oleh pelajar juga adalah besar kerana isi kandungan video yang dimuat naik itu akan kekal selamanya.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum bulan ini - Radzi
SOP berkaitan garis panduan tersebut ketika ini di peringkat akhir perincian sebelum diumumkan.