awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah siasatan jenayah diperkasa (Video)

Bernama
Bernama
12/12/2012
02:40 MYT
Kaedah siasatan jenayah diperkasa (Video)
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan memperkasakan kaedah siasatan dalam usaha menyelesaikan kes jenayah secara lebih berkualiti dan berkesan, kata Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Sehubungan itu, menurutnya sebuah sekolah JSJ akan diwujudkan bagi melatih para pegawai penyiasat dan detektif termasuk berkaitan siasatan forensik dan psikologi.
"Kami telah mengenal pasti lokasi sekolah dan berharap ia dapat direalisasikan secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua Jabatan Siasatan jenayah bilangan 3/2012 semalam.
Katanya walaupun keupayaan JSJ dalam melakukan siasatan semakin baik namun tahap keupayaan itu perlu dipertingkatkan termasuk melalui cadangan mewujudkan sekolah JSJ.
Mengenai tempoh kursus di sekolah yang dicadangkan itu, beliau berkata, ia bergantung kepada jenis kursus dan ia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.
Bakri berkata kegiatan JSJ di setiap daerah sentiasa dipantau dan pengiktirafan diberikan kepada JSJ yang banyak melaksanakan kegiatan dan menyelesaikan kes-kes jenayah dengan diberikan ganjaran kewangan dan piala.
Mengenai mesyuarat hari ini, beliau berkata ia antara lain membincangkan kegiatan dan pelaksanaan tugas di samping melihat kejayaan dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh setiap JSJ.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
#Jabatan Siasatan Jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan