awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji naikkan harga getah RM3 sekilo, lebih baik PM yang umum - Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2023
05:34 MYT
Kaji naikkan harga getah RM3 sekilo, lebih baik PM yang umum - Zahid
Ahmad Zahid menyambut baik cadangan untuk mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang diumumkan pada Belanjawan 2023. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan untuk mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang diumumkan pada Belanjawan 2023.
Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih baik pertimbangan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.
"Apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang belanjawan adalah satu pengumuman kenaikan yang akan dilaksanakan.
"Jika harga itu akan dinaikkan, kami amat bersukacita. Tapi kami tidak mahu pengumuman itu datangnya daripada timbalan menteri.
"Kalau pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaku menteri kewangan, kami yakin itu lebih baik untuk pekebun-pekebun kecil getah keseluruhannya," katanya pada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) di sini pada Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kementerian itu akan memperhalusi cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram.
Cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangkan dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa negara. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#harga lantai getah sekerap
#Anwar Ibrahim
#RM3 sekilogram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan