awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji semula pemberian lesen Lynas - Anwar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/08/2019
12:09 MYT
Kaji semula pemberian lesen Lynas - Anwar
Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian lesen operasi terhadap Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang diperbaharui selama enam bulan baru-baru ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
Kerajaan perlu mengkaji semula pemberian lesen operasi terhadap Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang diperbaharui selama enam bulan baru-baru ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegasnya, ia termasuk mengkaji semula apa sahaja kemungkinan bagi membenarkan syarikat nadir bumi itu untuk beroperasi semula di Gebeng, Kuantan.
"Saya menyokong percubaan untuk mengkaji semula keputusan itu, tetapi saya fikir ia perlu dilakukan dengan baik untuk rundingan berkesan bermakna antara rakyat dan kerajaan," katanya.
Anwar berkata demikian semasa sidang media siri Jelajah Presiden ke PKR Wilayah Persekutuan di Kompleks Darul Putri, pada Selasa.
BACA: Tiada permohonan rasmi dari Lynas berhubung tapak pelupusan kekal
BACA: Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara - Yeo Bee Yin
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan bagi membenarkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) membina kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) untuk menempatkan sisa penulenan air larut lesap (WLP) kilang berkenaan tidak boleh dibuat secara semborono.
Bagaimanapun buat masa ini jelasnya, belum ada permohonan dikemukakan oleh pihak Lynas untuk membina PDF di negeri ini.
Dalam pada itu kata Anwar, rundingan mengenai lanjutan lesen Lynas boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), baru-baru ini, mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasi kilang itu selama enam bulan.
Topic Berkaitan
#Gebeng
#lembaga pelesenan tenaga atom
#LPTA
#Lynas
#PDF
#pemberian lesen Lynas
#PKR
#syarikat nadir bumi
#tenaga atom
#WLP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan