KUALA LUMPUR: Kini berbaki seminggu lagi sebelum pengundi di enam negeri akan memilih calon dan parti pilihan mereka, seterusnya membentuk Kerajaan Negeri bagi penggal seterusnya.
Badan penyelidik Endeavour-MGC meneruskan siri tinjauan mereka, khususnya di negeri Selangor, bagi melihat sentimen pengundi di 34 kerusi marginal DUN Selangor, dengan memberi fokus kepada dua kategori – pengundi pelbagai bangsa dan pengundi Melayu.
Tinjauan dilakukan ke atas 1,068 peserta kajian pelbagai bangsa melalui kaedah persampelan rawak berstrata, di 34 kerusi marginal DUN Selangor dengan jumlah sampel populasi seramai 2,006,569 pengundi, dan 724 peserta kajian berbangsa Melayu dengan jumlah sampel populasi seramai 1,359,683 pengundi.
Dalam tinjauan yang dilakukan antara 22 dan 28 Julai 2023 itu, peserta kajian pelbagai bangsa di 34 kerusi marginal tersebut terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 67.8 peratus; Cina (15.6 peratus); India (12.4 peratus; dan lain-lain (4.2 peratus).
Selain itu, 45 peratus golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus dari golongan M40 pendapatan antara RM4,850 dan RM10,959 dan 15 peratus golongan T20 dengan pendapatan RM10,959 ke atas.
Adakah Datuk Seri Amirudin Shari terus menjadi pilihan sebagai Menteri Besar Selangor? Adakah kumpulan pengundi ini berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Atau mampukan Perikatan Nasional menidakkan keyakinan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk kekal di negeri termaju itu?
Hasil dapatan penuh kaji selidik ini akan diterbitkan oleh lima media utama iaitu Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban, selain Astro AWANI, pada 6 Ogos ini.
Firdaus Azil
Sat Aug 05 2023
Dapatan penuh kaji selidik ini akan diterbitkan oleh lima media utama iaitu Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban pada 6 Ogos ini.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Bekas KSUS Muhyiddin dakwa kajian EMGC terpesong
Marzuki mendakwa persampelan yang dilakukan EMGC adalah terpesong, sekaligus menyebabkan dapatan kajian keseluruhan itu terpesong.
Kajian EMGC: Amirudin lebih popular berbanding Azmin dan Ahmad Yunus
76 peratus responden pelbagai bangsa, 69 peratus responden berbangsa Melayu mahu Datuk Seri Amirudin Shari terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor.
Kajian EMGC: 73 peratus responden Selangor puas hati prestasi Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri mendapat sokongan 73 peratus responden pelbagai bangsa dan 64 peratus responden berbangsa Melayu.
Kajian EMGC: Apa pilihan pengundi DUN Selangor?
Tinjauan dilakukan ke atas 1,068 peserta pelbagai bangsa melalui kaedah persampelan rawak berstrata, di 34 kerusi marginal DUN Selangor.