GADGETS
Kajian Harvard dapati penggunaan AI di tempat kerja akan kurangkan produktiviti

Kajian MIT dan Harvard mendapati integrasi AI generatif gagal meningkatkan pendapatan di 95% tempat kerja kerana menghasilkan kandungan cetek dan tidak berguna. -Foto Amanz
RAMAI meramalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan meningkatkan produktiviti di tempat kerja berlipat ganda kerana proses remeh boleh dipercepatkan. Ini sekali gus akan meningkatkan juga pendapatan syarikat.
Ringkasan AI
- Kajian MIT dan Harvard mendapati integrasi AI generatif gagal meningkatkan pendapatan di 95% tempat kerja kerana menghasilkan kandungan cetek dan tidak berguna.
- Kandungan AI yang terlalu generik dan kurang idea asli menyebabkan pembaziran masa pekerja, sekali gus menurunkan produktiviti.
- AI masih belum mampu menggantikan manusia dalam analisis mendalam dan penciptaan konsep baharu, maka semakan manual tetap diperlukan.
Pada awalnya dokumen-dokumen ini kelihatan seperti sangat berguna tetapi apabila dibaca oleh manusia tidak menawarkan sebarang maklumat baharu yang berguna.
Akibatnya kandungan yang dilabel sebagai “workslop” ini mengurangkan produktiviti tempat kerja kerana membuang masa pekerja manusia yang membacanya.
Laporan yang dijana AI adalah berkualiti rendah, generik, cetek, terlalu ketara dan kekurangan idea asli yang memberikan sumbangan bermakna.
Model AI sangat baik dalam mengenal pasti corak dan mencantumkan maklumat serta kandungan sedia ada untuk menghasilkan laporan.
Tetapi ia belum cukup baik untuk melakukan analisis mendalam, imaginasi, dan keupayaan untuk mencipta konsep baharu seperti manusia.
Dalam pengamatan peribadi saya menggunakan ChatGPT, CoPilot dan Gemini, saya sendiri menyedari AI tidak cekap mengesan apakah sebenarnya maklumat yang penting dalam dokumen yang diberikan.
Semasa IFA baru-baru ini saya mencuba AI untuk merumuskan lambakan dokumen produk terbaru yang dilancarkan.
Sekitar 80% ringkasan yang dijana oleh AI, maklumat penting seperti ciri paling menarik dan perkakasan paling baharu tidak dimasukkan.
Jadi sekiranya anda menggunakan AI untuk membantu melakukan kerja tanpa sebarang semakan, anda tidak akan menyedari banyak maklumat yang terlepas pandang.
Lebih menakutkan jika kesemua ringkasan dan laporan dilakukan oleh AI di tempat kerja. Di hujung hari maklumat yang akhirnya dibaca manusia sudah tidak lagi bermakna.
Jadi gunakanlah AI sebagai alat untuk mendapatkan ringkasan pantas tetapi jangan lupa melakukan semakan dan membaca sendiri sumber asal kerana kecerdasan buatan masih bukan pengganti kecerdasan asli buatan Tuhan yang maha esa. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami