awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pasukan petugas khas tambah baik kertas putih Felda - Idris Jusoh

Bernama
Bernama
07/07/2020
20:25 MYT
Kajian pasukan petugas khas tambah baik kertas putih Felda -  Idris Jusoh
Idris (kanan) bersama Muhyiddin pada perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara Kampung Tun Abdul Razak di Sungkai, 7 Julai, 2020. --fotoBERNAMA
Pasukan Petugas Khas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedang mengkaji kaedah terbaik, yang antara lain bertujuan memperkasa tahap kewangan dan kelestarian organisasi itu, sekali gus memberi manfaat kepada peneroka.
Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh berkata kajian itu juga bertujuan bagi menambah baik serta melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada April tahun lepas.
"Banyak pihak melihat dan berpendapat Kertas Putih (sebelum ini) tidak mencukupi untuk mengatasi isu Felda. Itu sebab kami perlu membuat satu kajian untuk mendapatkan pandangan baharu," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata hasil kajian itu dijangka akan diperoleh dalam satu hingga dua bulan dan kemudiannya akan dibentangkan ke Parlimen.
"Kami mendapat maklum balas daripada semua pemegang taruh termasuk daripada peneroka, generasi peneroka, bank serta pelabur untuk membentuk Model Baharu Felda yang lebih baik," katanya.
BACA: Longgar syarat pinjaman bantu generasi baharu Felda miliki rumah - PM
BACA: Felda mampu jadi peneraju industri makanan berskala besar
Idris berkata perkara itu adalah hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan Felda sentiasa mampan dan lebih berdikari pada masa akan datang.
Jelasnya Felda juga sedang melihat untuk menjadikan sekolah-sekolah di tanah rancangan itu sebagai sekolah pintar dalam usaha untuk menyediakan latihan pertanian lebih berkualiti kepada generasi baharu peneroka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#berdikari
#Felda
#Idris Jusoh
#Kajian
#kelestarian
#kertas putih
#kewangan
#model
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#pasukan petugas khas
#pelabur
#pemegang taruh
#peneroka
#sekolah
#tanah rancangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan