awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon

Bernama
Bernama
27/10/2024
20:00 MYT
Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon berucap pada majlis penutupan Karnival PROTEGE zon Borneo di Kota Kinabalu semalam. - Foto Facebook Ewon
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melakukan kajian penilaian terhadap Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneur (PROTEGE) yang dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.
Beliau berkata PROTEGE penting kerana ia mampu menjadi platform kepada mahasiswa dan graduan untuk meneroka peluang pekerjaan dengan penglibatan syarikat yang ingin mengambil mereka sebagai pelatih dan seterusnya bekerja di syarikat tersebut.
"Sesi libat urus bagi RMK Ke-13 sedang dijalankan pada masa ini. Inisiatif di bawah program itu (PROTEGE) perlu diteruskan mahupun inisiatif baharu yang perlu dilaksanakan di dalam RMK Ke-13 di bawah KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
"PROTEGE menjadi platform kepada mahasiswa menceburi sektor keusahawanan malah berpeluang menerima pembiayaan daripada agensi di bawah KUSKOP dan sektor perbankan," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival PROTEGE zon Borneo di sini semalam.
Terdahulu dalam ucapannya menutup program dua hari berakhir semalam, Ewon berkata sehingga kini seramai 60,649 mahasiswa dan graduan telah mengikuti pelbagai program keusahawanan PROTEGE di bawah RMK-12.
Beliau berkata seramai 31,484 graduan telah mendapat manfaat daripada PROTEGE Ready To Work (RTW) bermula dari 2021 hingga bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#PROTEGE
#Kuskop
#RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan