awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian penggunaan vape dibentang ke Kabinet akhir Januari

Bernama
Bernama
09/01/2016
14:27 MYT
Kajian penggunaan vape dibentang ke Kabinet akhir Januari
Hamzah berkata apabila peraturan mengenai penggunaan vape diwujudkan kelak ia akan memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakannya. = Gambar fail
Keputusan kajian mengenai penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata kajian itu antara lain bertujuan mengetahui sejauh mana wap dari vape boleh menjejaskan kesihatan selain menentukan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh pengeluar.
"Sekiranya mahu penggunaan vape kekal di negara ini, pengguna dan penjual vape perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.
"Saya sedar banyak negeri telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape kerana mereka merasakan vape itu sesuatu yang boleh menjadikan seseorang individu mendapat penyakit tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program minum petang bersama Wanita UMNO Larut di Batu 20, hari ini.
Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut menarik perhatian apabila berkata setakat ini belum ada kajian sama ada dari dalam atau luar negara yang dapat membuktikan penggunaan vape boleh mendatangkan keburukan. Mengulas lanjut, Hamzah berkata apabila peraturan mengenai penggunaan vape diwujudkan kelak ia akan memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakannya.
"Apabila ada undang-undang, maka mudah untuk kita ambil tindakan kerana bila tidak ada undang-undang apa sahaja kesalahan yang dibuat kita belum ada akta yang boleh ambil tindakan.
Sebagai contoh ada vape yang tidak ada nikotin apabila seseorang itu menggunakan vape, saya difahamkan asap yang keluar bukanlah seperti tembakau tetapi ia adalah wap. Ada beza antara wap dan asap yang boleh merosakkan seseorang," katanya.
Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram dan keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Kajian
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan