KUALA LUMPUR: Sejak diumumkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan mengambil kira tempoh bekerja lebih pendek bagi penjawat awam wanita, ramai golongan hawa melihatnya sebagai prospek positif ke arah meningkatkan penglibatan mereka dalam dunia pekerjaan.
Hakikatnya, isu wanita terpaksa melupakan keinginan untuk bekerja bagi mengurus keluarga sudah lama berantaian, tetapi entah mengapa sehingga ke hari ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan sebelum ini.
Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Novel Lyndon berkata pelaksanaan inisiatif itu menepati hasrat kerajaan untuk memastikan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga buruh wanita di negara ini.
Pelaksanaan itu katanya akan menyelesaikan pelbagai isu yang menghantui wanita bekerja seperti terpaksa menghantar anak ke pusat jagaan dan kekangan untuk mengikuti proses pembelajaran anak.
"Usaha kerajaan ini juga bukan sahaja dapat mengukuhkan hubungan dan proses interaksi dalam kalangan ahli keluarga tetapi turut membantu pasangan yang mempunyai anak kecil atau yang baharu berkahwin untuk menguruskan keluarga dengan seimbang.
"Wanita memainkan peranan domestik untuk menjaga atau mengurus ahli keluarga, selain mereka juga mencari rezeki bagi membantu suami serta bagi tujuan pembangunan kerjaya," katanya kepada Bernama.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kajian SSPA yang sedang dirangka akan turut mengambil kira memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, Anwar berkata kelonggaran itu mungkin akan melibatkan kadar upah yang berbeza dan menuntut perubahan daripada pemikiran konvensional, memandangkan terdapat wanita yang terpaksa meninggalkan kerjaya bagi memberi perhatian kepada keluarga.
Walaupun melihat kajian SSPA ini sebagai langkah positif, namun Novel berkata kajian itu juga harus mengenal pasti sasaran wanita yang terlibat dalam semakan berkenaan, sama ada wanita bujang, tidak mempunyai komitmen dan tidak berkahwin turut dimasukkan dalam cadangan tersebut, serta adakah semakan itu akan mengganggu senioriti dan pembangunan kerjaya mereka.
Sementara itu, Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Malaysia Fauzura Mat Yusoff berkata inisiatif itu jika dilaksanakan mampu memberi ruang kepada golongan wanita untuk mengatur kerjaya dan urusan rumah tangga dengan lebih baik, sekali gus menjadikan mereka lebih produktif.
"Ia adalah situasi menang-menang yang mana wanita yang juga berperanan sebagai ibu dapat melaksanakan kehidupan dengan seimbang, mereka dapat bekerja menambah pendapatan dan pada masa sama memberikan lebih perhatian dan masa untuk keluarga.
"Kalau dilaksanakan, masalah utama berkaitan penjagaan anak-anak dapat dikurangkan walaupun bukan penyelesaian 100 peratus tetapi secara tidak langsung mampu meringankan beban," kata Fauzura yang juga ibu kepada seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.
Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Negeri Pahang Zayana Zahira Mohd Isa, 41, berkata kajian SSPA berhubung tempoh bekerja lebih pendek bagi wanita ialah usaha positif untuk golongan berkeluarga, namun perkara itu bergantung kepada kaedah pelaksanaan supaya tidak menjejaskan produktiviti pekerja.
"Saya cadangkan jadual penggiliran kerana ramai wanita yang bekerja di pejabat. Kalau semua balik awal atau tempoh masa kerja dipendekkan, boleh menjejaskan perkhidmatan di tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Kajian SSPA yang sedang dirangka akan turut mengambil kira memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi lebih perhatian kepada keluarga. - Gambar hiasan/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kajian SSPA: Tempoh kerja singkat bantu wanita seimbang kerjaya dan keluarga
Sehingga ke hari ini, isu ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan.
Gaji penjawat awam: Kajian SSPA dijangka diumum suku keempat tahun ini - Anwar
Hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penjawat awam dapat insentif awal RM2,000 - PM
Bayaran berkenaan bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA
Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Segerakan pelaksanaan SSPA jadi fokus utama KPPA baharu
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu memberi jaminan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menjadi fokus utama beliau.
Cuepacs gesa kerajaan selaras segera gaji penjawat awam
Adnan berkata tempoh masa yang ditetapkan untuk melaksanakan SSPA baharu pada 2025 juga tidak jelas dan bergantung sepenuhnya kepada situasi kewangan negara ketika itu.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.
SSPA: Lebih 60 peratus cadangan berkaitan gaji, elaun dan kemudahan
Sebanyak 64 peratus daripada 30,155 cadangan dikemukakan penjawat awam menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berkaitan struktur gaji, elaun dan kemudahan penjawat awam.