Kajian sama ada akan dikurangkan atau diberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas beberapa jenis produk dijangka dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata kajian tersebut perlu dilakukan secara mendalam dan menyeluruh oleh pihak Jabatan Kastam kerana implikasinya yang sangat luas.
"Ini kerana implikasi rangkaian ke atas produk-produk lain adalah sangat mendalam," katanya kepada pemberita semasa sidang media sebelum sesi Taklimat SST Bersama Menteri Kewangan di sebuah hotel di sini malam tadi.
Guan Eng berkata bahawa kerajaan akan terus mendengar cadangan dan pandangan rakyat mengenai SST dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya yang dikuatkuasakan sejak 1 Sept lepas.
Menurut beliau, kajian termasuk mengenal pasti jenis produk yang boleh dikurangkan dan dikecualikan daripada cukai seperti mana dilakukan terhadap cukai tayar celup yang telah diturunkan kepada lima peratus daripada kadar asal 10 peratus.
Beliau juga menyatakan bahawa motosikal 250cc ke bawah dikecualikan daripada SST, manakala cukai terhadap aksesorinya juga diturunkan dari 10 peratus ke 5 peratus.
Guan Eng sekali lagi mengulangi bahawa SST lebih mesra rakyat berbanding GST dan berkata ia adalah sistem percukaian yang lama tetapi diperbaiki skopnya di mana lebih banyak jenis barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pelaksanaan SST sejak lima hari lalu, beliau berkata tidak 100 peratus tetapi memberi jaminan bahawa ia akan terus ditambah baik.
Mengenai pelantikan pegawai khas untuk SST di setiap negeri seperti yang beliau cadangkan, Guan Eng berkata mereka akan dilantik dari kalangan pegawai Kastam yang berpengalaman luas mengenai SST, di samping pengarah Kastam Negeri.
Katanya, pegawai terbabit akan bertindak sebagai jurucakap untuk memberi penerangan mengenai SST.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018
Lim Guan Eng pada sidang media sebelum menyampaikan taklimat berkenaan SST di Kuching malam tadi. --fotoBERNAMA
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Lebihan songket dijadikan pelbagai aksesori, elak pembaziran
Tiga produk aksesori dihasilkan iaitu pelitup muka, tali rantai kunci dan lanyard menggunakan kain lebihan tekstil berkenaan.
'Plus size' bukan alasan tidak bergaya dan menarik
Semua orang bebas menggayakan apa juga fesyen dan menyanggah tanggapan bahawa tubuh langsing itu sempurna manakala berisi sebaliknya.
Aplikasi promosi haji dan umrah hijau dilancar
Panduan Hijau untuk Haji dan Umrah versi kedua ini muncul 10 tahun selepas versi pertama dilancarkan di Assisi, Itali, di bawah naungan Alliance of Religion and Conservation.
Curi aksesori pagar Istana Negara, dua warga Myanmar dipenjara 18 bulan
Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koma Ahmad Faizal Ahmad, 32, dan Muhfizullok Fozal Ahmad, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.
Nasib sepatu di tangan pereka fesyen
Bila membuat persembahan fesyen, pereka-pereka mesti mempersembahkan rekaan-rekaan mereka secara total.
Cincin yang sempurna adalah yang dibeli sendiri - Mira Filzah
Mira Filzah buat keputusan beli sendiri cincin dan sifatkan ia lebih istimewa.
Kajian SST ke atas beberapa jenis produk siap akhir tahun ini
Beliau berkata kajian tersebut perlu dilakukan secara mendalam dan menyeluruh oleh pihak Jabatan Kastam kerana implikasinya yang sangat luas.
Aksesori memukau koleksi Tiffany T
Posisi baharu sebagai pengarah rekaan Tiffany yang disandang Francesca Amfitheatrof bersama kuasa, tenaga dan tarikan bandar raya New York berjaya menciptakan Tiffany T grafik.
Peminat kucing untuk menjana idea kreatif
Peminat dan pembela kucing digalak mengeluarkan idea kreatif untuk mencipta barangan keperluan dan aksesori haiwan peliharaan itu berasaskan kraf bagi dikomersilkan.