awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi

Bernama
Bernama
15/05/2024
13:00 MYT
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Rafizi berkata secara dasarnya jelas bahawa pendekatan kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup ialah memberi tumpuan kepada pendapatan rakyat. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeluruh.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, secara dasarnya jelas bahawa pendekatan kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup ialah memberi tumpuan kepada pendapatan rakyat.
"Kita akan pertimbangkan secara menyeluruh. Pendekatan kerajaan MADANI dalam isu kos sara hidup ialah tumpuan pada pendapatan rakyat.
"Cuma kita melihat secara menyeluruh, kita tahu dari segi kerangka ada gaji minimum, ini untuk sekumpulan pekerja. Kita juga akan memulakan projek rintis gaji progresif, gaji untuk kakitangan awam telah pun diumumkan oleh kerajaan.
"Berbanding dengan semua pentadbiran sebelum ini, pandangan saya dari segi tumpuan kepada gaji, pentadbiran sekarang adalah yang paling fokus kepada soal gaji.
"Tetapi ini perlu disusun dengan melibatkan semua pemegang taruh termasuk dari segi pekerja, majikan, kemampuan kerajaan dan kemampuan ekonomi untuk menyerap sebarang keputusan dengan berkaitan gaji," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran rancangan realiti INNOVATHON musim kedua, pada Rabu.
Jelasnya, perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Menurutnya lagi, proses itu masih berterusan dan Kementerian Sumber Manusia akan membawa untuk pertimbangan kerajaan mengikut proses apabila tiba masanya.
Pada 8 Mei lepas, laporan kajian bertajuk 'The Living on the Edge Key Findings' oleh UNICEF mendedahkan penetapan kadar gaji minimum di Malaysia ialah pada RM2,102 mengambil kira faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.
-BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#kos sara hidup
#gaji minimum
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan