KUALA LUMPUR: Kajian ‘Families on the Edge’ yang diterbitkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan UNFPA baru-baru ini tidak menggambarkan kedudukan keseluruhan sosio-ekonomi Malaysia ketika ini.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, beliau tidak menolak kaedah dan dapatan kajian berkenaan, tetapi ia bukan gambaran yang mencerminkan keadaan seluruh rakyat Malaysia.
“Laporan ini kena berhati-hati, kerana sampel ini juga termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, purata saiz keluarga 4-5 orang.
“Cuba bayangkan, awak buat kajian, awak himpun orang dalam kategori ini dan bertanya mereka pada hari ini, selepas kita berhadapan dengan krisis COVID-19.
“Bukan setakat mereka, kru kabin, jurutera, juruterbang pun ada masalah, apatah lagi golongan ini. Jadi, bagi saya, saya akan ambil laporan ini dalam konteksnya.
"Tidak mengapa, kalau UNICEF hendak membuat kajian terhadap kumpulan-kumpulan yang begitu rentan, seperti gelas yang sudah retak, dijentik sedikit, sudah terlerai.
“Jadi, kalau keluar tajuk yang menyatakan pendapatan jatuh 50 peratus, saya tidak menolak kewujudan kumpulan ini, tetapi saya menolak ini adalah gambaran keseluruhan negara kita,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual yang distrim di Facebook Majlis Profesor Negara pada Jumaat.
BACA: Isi rumah berpendapatan rendah terkesan sejak PKP 2.0 - Kajian UNICEF, UNFPA
BACA: Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP
Noor Azlan juga menyatakan bahawa sampel yang diambil dalam kajian berkenaan sudah tergolong dalam kategori kumpulan di bawah garis kemiskinan.
Beliau juga kecewa dengan sesetengah pihak yang menidakkan kejayaan negara dan meminta mereka bersikap adil dalam menilai keadaan sebenar di Malaysia.
Laporan 'Families on the Edge' yang diterbitkan pada awal Februari lalu antara lain mendapati kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda kepada 15 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya.
Kajian itu dilakukan pada Disember 2020, melibatkan 500 keluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Sat Feb 20 2021

Noor Azlan kecewa dengan sesetengah pihak yang menidakkan kejayaan negara dan meminta mereka bersikap adil dalam menilai keadaan sebenar di Malaysia. - Facebook Dr Noor Azlan Ghazali

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Parti liar | Pegawai dan anggota polis ditahan posiitf dadah
Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis dari Kontinjen Perak antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada awal pagi Jumaat. Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Tahun Kewangan 2020: Perolehan TNB rendah, umum dividen akhir satu peringkat 18.0 sen
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada Tahun Kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Vaksin COVID-19 | Abang Jo terima suntikan vaksin di Petra Jaya
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech. Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Keuntungan bersih RHB Bank susut 18.1 peratus kepada RM2.03 bilion bagi Tahun Kewangan 2020
Keuntungan bersih RHB Bank Berhad (RHB Bank) susut 18.1 peratus kepada RM2.03 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Kawal dan komunikasi, dua elemen elak anak terjerumus dalam penipuan internet
Kurang mahir menggunakan internet bukan alasan untuk tidak memantau setiap perlakuan dan tindak tanduk anak-anak.

Kestabilan institusi keluarga ramuan utama kebangkitan peradaban - Tunku Azizah
Kestabilan institusi kekeluargaan adalah satu keperluan (darurah) pada zaman sekarang.

UNICEF, KPM bekerjasama kaji semula sistem pendidikan di Malaysia
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan kanak-kanak terjejas, mengganggu tabiat kebiasaan dan memberi kesan kepada pendidikan dan kesihatan mental mereka.

Kanak-kanak tidak terkecuali diperdaya scammer - Kajian Google
Kanak-kanak antara golongan yang tidak terkecuali daripada menjadi mangsa scammer di media sosial pada tahun lalu menurut hasil kajian yang dikendalikan pihak Google Malaysia.

Vaksin Pfizer mula diuji pada wanita hamil
Tanpa vaksinasi wanita hamil akan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.

Berita kanak-kanak tidak dibenar masuk pusat beli-belah palsu
Berita yang tular mengenai kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah adalah tidak benar.

Kanak-kanak pesakit leukemia mahu jadi polis meninggal dunia
Pesakit leukemia tahap empat, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun, dari Pulau Pinang yang dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) pada bulan lalu meninggal dunia petang Ahad.

Kajian UNICEF, UNFPA bukan gambaran menyeluruh - Pakar
Beliau tidak menolak kaedah dan dapatan kajian berkenaan, namun percaya ia bukan gambaran yang mencerminkan keadaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Kanak-kanak lelaki maut dipukul teman lelaki ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui maut selepas mangsa didapati dipukul teman lelaki ibunya.

Kanak-kanak OKU miliki mata biru
'Heterochromia' merupakan fenomena yang jarang berlaku iaitu seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza.