Tiga lelaki termasuk seorang kakitangan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat melindungi kegiatan pencurian pasir di sekitar Sungai Pahang.
Menurut sumber, tangkapan tersebut dibuat dalam satu Operasi Bersepadu yang diketuai SPRM di sekitar Temerloh, Pahang pada Isnin.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 45 dan 55 tahun itu ditahan dalam operasi yang turut melibatkan Pasukan Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, dan Pejabat Tanah dan Galian Pahang.
Kakitangan awam yang terlibat bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh didakwa menerima rasuah sebanyak RM8,500 sebulan bagi melindungi kegiatan ini daripada dua pengusaha pasir terbesar di Temerloh.
Dua individu lain yang ditangkap ialah penyelia syarikat dan seorang pemandu lori yang telah menawarkan rasuah sebanyak RM500 bagi melepaskan enam buah lori yang ditahan SPRM pada Isnin.
Mengikut anggaran Pejabat Tanah dan Galian Pahang, kerajaan negeri Pahang mengalami kerugian hampir RM180,000 sebulan disebabkan kes kecurian pasir ini yang didakwa beroperasi sejak pertengahan tahun 2014 hingga sekarang.
Mereka menggunakan doket (borang pengeluaran bahan mineral) yang sama untuk muatan serta perjalanan yang berganda bagi mengelak cukai yang perlu dibayar kepada pejabat tanah dan daerah.
Hasil siasatan mendapati kewujudan satu sindiket yang lain bagi melindungi lori-lori lebih muatan dengan penggunaan pelekat kenderaan tertentu sebagai isyarat kepada penguatkuasa tertentu.
SPRM bersama pasukan khas JPJ Putrajaya telah menahan enam buah lori yang digunakan dalam kegiatan curi pasir ini.
Kesemua lori tersebut mempunyai pelekat yang sama dan dipercayai dilindungi sindiket ini.
SPRM juga telah mengenalpasti 10 lagi anggota penguatkuasa yang lain yang dipercayai turut terlibat dalam kutipan rasuah secara bulanan.
Bayaran yang diterima setiap penerima rasuah terlibat adalah di antara RM250 hingga RM350 sebulan daripada sebuah syarikat.
Kesemua pasir dibawa keluar dari Temerloh dan dijual di pasaran Kuala Lumpur dan Selangor.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Astro Awani
Tue Oct 18 2016
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - Gambar fail
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.