KUALA LUMPUR: Kemenangan yang diraih pada perlawanan pembukaan menentang Kyrgyzstan malam tadi, masih belum memadai buat skuad Harimau Malaya untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, kata Mohamad Faisal Abdul Halim.
Jentera penggempur skuad negara itu berkata pasukan kebangsaan kini perlu lebih fokus untuk membawa pulang tiga mata dari tempat lawan apabila bertandang ke Taipei untuk berdepan Taiwan dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan D, Selasa depan.
"Walaupun kita menang malam ini (malam tadi), saya tidak mahu pasukan kita seri atau kalah di Taiwan. Jika keputusan itu diraih, kemenangan dilakar malam ini tidak memberi apa-apa makna.
"Kita perlu kekalkan konsistensi dan perbaiki apa yang boleh untuk pergi jauh," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Malaysia menentang Kyrgyzstan menyaksikan skuad negara menang 4-3, malam tadi.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang dahulu membuka jaringan ketinggalan 1-3 sebelum bangkit bergaya dengan Mohamad Faisal Abdul Halim menjaringkan gol kemenangan, dua gol diperoleh menerusi tandukan Dion Cools dengan Arif Aiman Mohd Hanafi menjadi watak utama keberhasilan empat gol termasuk gol sendiri skuad 'The White Falcons'.
Walaupun menjaringkan gol kemenangan, pemain Selangor itu tidak mahu mendabik dada sebagai wira malam tadi, sebaliknya berkata kemenangan Harimau Malaya adalah hasil kerja keras semua pemain di samping sorakan penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil membantu menyuntik semangat.
"Seperti yang dilihat kita cuba bangkit dan kalau diikutkan agak sukar untuk dapatkan tiga gol tapi rezeki kita berjuang sampai minit terakhir dan kita berjaya.
"Susah untuk digambarkan... yang penting pasukan, penonton gembira dengan keputusan ini. Kami juga bangga dapat berikan kemenangan untuk rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Faisal berkata, pasukan kebangsaan kini perlu lebih fokus untuk membawa pulang tiga mata dari tempat lawan apabila bertandang ke Taipei. - Gambar/ Bernama
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.