USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan para suami untuk terus kekal setia bersama isteri.
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Aliff berkata, tiada seorang wanita pun yang mahu dirinya dimadukan dan perbuatan itu secara tidak langsung boleh melukai hati seorang isteri.
“Poligami tak haram sebenarnya, cuma poligami ni amat memedihkan dan menyakitkan oleh wanita. Tak ada wanita pun dalam dunia ni nak terima dirinya dimadukan. Sakit, pedih.
“Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima.
“Jadi kepada wanita dekat luar sana, nasihat saya untuk mereka yang bermadu dan berjaya dimadukan, anda seorang wanita yang hebat,” ujarnya.
Menerusi video yang sama, Aliff juga berharap agar orang ramai tidak memandang remeh tentang isu berkenaan kerana ia tidak mudah seperti yang dilihat.
“Tak semua wanita itu mampu untuk melalui detik ini, jangan kita pandang benda ini semudah oh senangnya jadi madu orang, mudah jadi isteri nombor dua.
“Nasihat saya kepada anda lelaki kat luar sana, kalau boleh setia satu isteri, kita setialah. Nak jaga dua isteri bukan senang.
“Satu pun ada banyak masalah apatah lagi dua. Tapi jodoh itukan hak milik Allah, siapalah kita untuk menidakkan.
“Dalam Islam sendiri pun mengatakan berpoligami itu dibolehkan cuma kenalah ada syaratnya, kalau rasa duit cukup, tenaga zahir dan batin tu cukup barulah boleh,” jelasnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Aliff antaranya:
@fazttshop: “Alif Teega ni patut dengar content Alif Syukri ni daripada dengar content dia sendiri yang ntah apa apa tu,”
@AdindaZaza: “Segila-gila Aliff Syukri pun, saya salute... Dia setia dengan wife dia,”
@Wahyudin Aziz: “Betul tu... Hidup boleh tenang, buat apa cari gelisah. Satu dah cukup,”
Terdahulu, Aliff merupakan antara individu yang turut terkena tempias berhubung kontroversi pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega.
Aliff sebelum ini mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.
Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya. - Gempak
Gempak
Tue Nov 28 2023
Uahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan para suami untuk terus kekal setia bersama isteri termasuk beliau yang hanya mahu bergelar suami kepada Datin Seri Nur Shahida.
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.
“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."
Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.
'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."
Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.