awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam

Gempak
Gempak
04/04/2023
02:30 MYT
'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya mendedahkan wajah anak keenam mereka. - Gempak
ISTERI kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Isnin.
Bayi comel itu dilahirkan di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur tepat jam 2:40 petang.
Shahida menerusi ruangan akaun Insta Story miliknya melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak keenamnya dipermudahkan.
Bagaimanapun Shahida juga berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
“Alhamdulillah ramai yang WhatsApp, Direct Message (DM) bertanya. Dah selamat bersalin dah.
“Masya Allah budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat tu nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
"Akhirnya, keluar juga tangannya dulu baharu muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni. Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya," kongsinya.
Dalam pada itu, Aliff juga menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya mendedahkan wajah anak keenam mereka.
“Syukur akhirnya bayi yang banyak dugaan ini lahir dengan selamat dan normal. Terima kasih doa kalian,” coretnya.
Terdahulu, Aliff telah mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. - Gempak
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Nur Shahida
#kelahiran anak
#komplikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan