Selepas berjaya menawan Selangor pada 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan sebagai seorang menteri besar yang cekap dan berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri.
Di serata ceruk, tidak kira di Selangor atau di negeri mana waima dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011 juga, Abdul Khalid dipuji melambung-lambung oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Abdul Khalid pemimpin hebat, Abdul Khalid pentadbir yang cekap, Abdul Khalid bijak mengurus, Abdul Khalid begitu dan begini, tidak ada yang tidak bagus melainkan bagus-bagus belaka.
Pelik bin Ajaib hingga menjadi kelakar seram. Abdul Khalid yang sebelum ini cekap, bijak dan penuh integriti itu, mula dikecam.
Dalam tempoh setahun ini, menteri besar yang dikatakan berjaya menjimatkan wang rakyat dan cekap mentadbir Selangor diserang dari kiri dan kanan.
Serangan itu pula bukan lagi datang dari lawan Barisan Nasional (BN) tetapi daripada Pakatan Rakyat terutama PKR, parti Abdul Khalid sendiri.
Abdul Khalid banyak masalah, Abdul Khalid buat keputusan sendiri tanpa rujuk parti, Abdul Khalid begitu dan begini sehingga perlu ditukar.
Untuk menghalalkan keputusan mahu menyingkirkan Abdul Khalid yang sebelum ini dikatakan cekap dan bijak itu, maka bermacam alasan diberikan.
Antara alasan yang diberikan oleh PKR dalam satu laporan setebal 24 halaman kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama pimpinan PAS yang bertegas mahu Abdul Khalid kekal ialah kes penyelesaian hutang yang disifatkan 'luar biasa' antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu dengan Bank Islam.
Dalam laporan itu, PKR menyatakan begini: "Masalah keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam sudah diketahui umum sejak beliau belum menjadi ahli politik dan Menteri Besar."
Laporan itu juga turut memuatkan kenyataan ini: "Keberhutangan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam bermula dalam tahun 90-an semasa beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad."
Maknanya, sebelum PRU12 lagi, PKR sudah mengetahui Abdul Khalid ada sejumlah hutang yang banyak dengan Bank Islam tetapi tetap memilih beliau menjadi calon di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Biarpun sudah mengetahui Abdul Khalid ada hutang yang banyak dengan Bank Islam, PKR tetap melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selepas berjaya menawan negeri itu pada PRU12.
Kalau sudah tahu Abdul Khalid ada hutang yang banyak dengan Bank Islam, kenapa pilih jadi calon pada PRU12 dan PRU13?
Kalau sudah tahu Abdul Khalid ada hutang yang banyak dengan Bank Islam, kenapa lantik beliau jadi Menteri Besar Selangor?
Perkara ini turut dibangkitkan oleh Penasihat SUARAM yang juga bekas wakil rakyat DAP, Kua Kia Soong dalam satu kenyataan beliau.
Kia Soong turut bertanya apakah dakwaan salah laku itu hanya diketahui selepas PRU13 kerana Abdul Khalid dilantik semula memegang jawatan itu selepas pilihan raya tersebut.
Soalan ini bukan hanya dibangkitkan oleh Kia Soong tetapi oleh rakyat di seluruh negara --- ulang, seluruh negara --- ulang lagi, seluruh negara, bukan hanya di Selangor
Rakyat di seluruh negara bertanya: "Wayang apa yang dimainkan oleh PKR?"
Rakyat juga tanya: "Hendak lantik isteri sendiri jadi MB, bukankah itu nepotisme dan kronisme yang dilawan Pakatan Rakyat sebelum ini? Atau Pakatan dah buat semua benda yang sebelum ini mereka lawan?"
Itu soalan rakyat. Sekarang siapa nak jawab?
Geromallah selagi boleh geromal, tetapi kalau PRU14, Pakatan Rakyat lingkup tak perlu buat analisis teruk, jawapan sudah ada. Tralala.
Irwan Muhammad Zain
Wed Aug 06 2014
Adakah Pakatan Rakyat sudah menghalalkan amalan kronisme dan nepotisme yang ditentangnya sebelum ini?
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.