Jika anda teringin sangat mengetahui bagaimana Honda Civic generasi seterusnya akan kelihatan, syarikat pengeluarnya ada membawa konsep Civic ke pameran kereta New York. Ia memang kelihatan lebih ‘sporty’, tetapi itu bukan perkara luar biasa bagi sebuah konsep. Yang penting adalah Honda masih lagi mengekalkan intipati sebuah Civic – sebuah sedan segmen-C yang bergaya dan tidak kekok untuk membawa nama Type R ke hadapan.
Ada beberapa maklumat menarik yang diberitahu serentak dengan pengenalan konsep Civic ini; antara lain adalah varian yang akan ada: Sedan, Coupe, Si dan juga kembalinya bentuk hatchback. Seperti yang dinyatakan tadi, sebuah varian Type R juga akan dihasilkan.
Generasi ke-10 Honda Civic yang bakal mendatang ini juga adalah yang pertama bagi pasaran Amerika Syarikat yang akan menerima enjin VTEC turbo menggunakan teknologi Earth Dreams. Bagi mereka yang tertanya-tanya, ini adalah kali pertama model Civic varian sedan dan coupe dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan R&D yang berpengkalan di Amerika. Namun, harus diingat bahawa Honda/Acura NSX baharu juga diusahakan oleh pasukan jurutera (kebanyakannya) dari Amerika utara.
Dan kita tidak perlu tunggu terlalu lama sebelum Civic baharu ini muncul kerana siaran akhbar yang sama menyatakan bahawa ia akan dilancarkan di Amerika pada musim luruh nanti (pertengahan September hingga pertengahan November). Seperti yang dilihat dengan imej-imej rasmi awal – dan gambar daripada pameran kereta New York – konsep Civic ini mempunyai tapak roda (wheelbase) yang panjang dan penambahan lebar.
Visual ini ditekankan dengan hood yang panjang serta overhang (depan dan belakang) yang pendek untuk memberi imej lebih sporty.
Di samping nilai prestasi yang tinggi, Civic akan datang ini akan dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti cruise control adaptif, Honda LaneWatch, Lane Departure Warning dan Forward Collision Warning.
Astro Publication
Fri Apr 10 2015
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.