awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam" - Mufti nafi kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

Bernama
Bernama
19/07/2019
03:41 MYT
"Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam" - Mufti nafi kononnya Perlis sembahyang sembah bulan
MOHD ASRI: ""Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam" - Gambar fail/BERNAMA
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan.
Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT.
"Solat sunat gerhana bulan dan matahari telah sekian lama dilakukan oleh umat Islam sebagai ikutan sunnah Nabi Muhammad.
"Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam daripada membuat tuduhan tidak menentu sedangkan solat sunat yang dibuat semasa berlaku gerhana bulan pada pukul 4.01 pagi 17 Julai lalu adalah untuk mengajak rakyat Perlis beramai-ramai solat sunat gerhana," tegasnya dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Alwi di sini, malam tadi.
Perlis menganjurkan solat itu secara serentak di 15 masjid di seluruh negeri diikuti bacaan khutbah khas mengenai gerhana bulan oleh imam-imam jemputan.
Asri berkata tohmahan sedemikian pernah dilemparkan oleh mereka yang memperlekehkan Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika menganjurkan solat jemaah beramai-ramai minta diturunkan hujan beberapa tahun lalu.
Program itu diadakan di perkarangan Istana Arau tetapi ada pihak yang tidak faham bertanya kenapa solat dilakukan di atas padang sedangkan di Perlis terdapat banyak masjid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asri Zainul Abidin
#bulan gerhana
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
#JAIPs
#Mufti Perlis
#sembah bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan