awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalendar akademik: Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2025
07:53 MYT
Kalendar akademik: Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari
Kalendar akademik mengalami perubahan sejak tahun 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri kumpulan A melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ringkasan AI
  • Kalendar Akademik Tahun 2026 bermula 11 Januari (Kumpulan A) dan 12 Januari (Kumpulan B), berakhir pada 31 Disember bagi semua negeri.
  • Sesi persekolahan tahun 2027 akan bermula seragam pada 4 Januari bagi kedua-dua kumpulan negeri, bagi memudahkan perancangan pentadbiran dan pengajaran.
  • Kalendar Akademik 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my.

Manakala 12 Januari hingga 31 Disember bagi negeri kumpulan B iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad berkata tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari 2027 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
"Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2027 di seluruh negara.
"Ia sekali gus memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif," ujar Azam.
Sebelum ini, kalendar akademik sesi 2025/2026 bermula pada 16 Februari bagi kumpulan A dan 17 Februari bagi kumpulan B, perubahan ini berlaku sejak tahun 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.
Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal Kementerian Pendidikan (KPM) melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.
Topic Berkaitan
#kalendar akademik
#sesi persekolahan 2026
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Mohd Azam Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan