awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamarul Zaman Mamat dilantik Ketua Polis Kedah yang baharu

Bernama
Bernama
08/06/2021
16:28 MYT
Kamarul Zaman Mamat dilantik Ketua Polis Kedah yang baharu
Kamarul Zaman mengambil alih tugas Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib bermula esok. - Gambar fail
ALOR SETAR: Bekas Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa pada Selasa.
Beliau mengambil alih tugas Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib bermula Rabu.
Majlis serah terima tugas di antara mereka yang berlangsung di bilik mesyuarat utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.
Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kedah di antara Datin Farida Hanim Ruslan dan Datin Suriati Muhamad.
Kamarul Zaman, 57, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1988 dan sepanjang 33 tahun berkhidmat, beliau menggalas pelbagai tanggungjawab termasuk sebagai Ketua Polis Daerah Klang, Selangor.
Ketika berucap pada majlis itu, Kamarul Zaman yang juga pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor menyatakan akan melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu.
Berucap pada majlis sama, Zamri pula berharap Kamarul Zaman dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuannya sepanjang berada di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk menghapuskan jenayah dadah di negeri itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamarul Zaman Mamat
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#ketua polis
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan