awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kami boleh keluar beli makanan, tetapi tak boleh pergi jauh", pelajar Malaysia cerita situasi di Korea Selatan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
04/04/2020
11:07 MYT
"Kami boleh keluar beli makanan, tetapi tak boleh pergi jauh", pelajar Malaysia cerita situasi di Korea Selatan
Safiyah Muhsin Kilby, 28, berkata, dia tinggal seorang diri di Seoul dan tidak dibenarkan ke kampus atau melakukan aktiviti luar lain selain hanya boleh keluar mencari makanan.
"Kami boleh keluar beli makanan, tetapi tak boleh pergi jauh"
Perkara itu didedahkan pelajar Malaysia di Korea National University of Arts, Seoul, Korea Selatan ketika negara itu mengenakan Perintah Berkurung Separa (Partial Lockdown) ke atas semua penduduknya.
Menceritakan keadaan itu, Safiyah Muhsin Kilby, 28, berkata, dia tinggal seorang diri di Seoul dan tidak dibenarkan ke kampus atau melakukan aktiviti luar lain selain hanya boleh keluar mencari makanan.
Namun, ketika ini, dia berasa lebih selamat berbanding pada awal penularan COVID-19 di Korea Selatan.
"Sekarang ini, semester sekarang ini kena hadir kelas secara dalam talian. Tiada kuliah secara bersemuka. Tidak boleh pergi kampus. Pada kebanyakan masa kita kena duduk rumah.
"Pihak berkuasa benarkan kita keluar beli makan, namun kita tak boleh keluar jauh dari rumah dan kita tak boleh pergi kampus, gym, atau seperti itu. Namun kita tak rasa takut pun," katanya kepada Astro AWANI.
Sehingga hari ini, Korea Selatan merekodkan kes positif COVID-19 melebihi 10,000 kes dengan 177 kes kematian.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#koronavirus
#Malaysia
#pelajar
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan