Kerajaan Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008 di negeri itu, kecuali ia mengganggu orang awam dan aliran trafik.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menegaskan perkara itu berkata, ia merupakan dasar kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP selepas parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.
"Kami buat keputusan bahawa sebaik kami jadi (kerajaan), semua bangunan haram atau penjaja haram tidak akan disentuh, kecuali ia mengganggu orang awam dan aliran trafik, sehingga satu penyelesaian dapat dicapai.
"Kita tidak mengehadkan tempoh masa untuk penyelesaian yang baik di antara semua pihak," katanya kepada media selepas hadir bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri menyatakan solidariti kepada anggota Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh di Perkarangan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram selepas tahun 2008, bagaimanapun ia bergantung kepada keperluan.
BACA: SPRM tahan exco Pulau Pinang
BACA: Mungkin ada tangkapan lain selepas Phee Boon Poh - Azam Baki
BACA: SPRM geledah rumah exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh
Terdahulu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan Phee pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.
Ini kerana, menurut Lim, Phee hanya melaksanakan dasar kerajaan negeri.
Beliau bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri percaya Phee tidak menerima sebarang suapan kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota exco, selain tidak mempunyai kepentingan peribadi malah hubungan keluarga dengan kilang tersebut.
"Dalam kes ini, saya belum dapat maklumat terperinci, tetapi, yang saya tahu, kilang itu berada dalam tanah dia sendiri, bukan di atas tanah kerajaan tetapi tidak dapat kelulusan untuk operasi kilang.
"Kerana, ia dibina sebelum 2008, dan ini diuruskan oleh Phee yang menjalankan dasar kerajaan negeri," kata Lim sambil menambah beliau yakin Phee tidak mengambil rasuah kerana anggota exco itu seorang yang berada.
"Malah, dalam kalangan exco, dia adalah exco yang paling kaya," tambah Lim.
BACA: Exco Pulau Pinang direman lima hari bantu siasatan kilang haram
BACA: Peguam Boon Poh cabar perintah reman di Alor Setar
Exco kanan kerajaan negeri pimpinan DAP itu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang pada Jumaat.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang bersama peguamnya R.S.N Rayer pada pukul 2.30 petang selepas pejabatnya di Tingkat 53, bangunan Komtar dikunjungi lima pegawai SPRM pada pukul 11.30 pagi.
Astro Awani
Sat Aug 12 2017
Lim (gambar) percaya Phee tidak menerima sebarang suapan kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota exco, selain tidak mempunyai kepentingan peribadi malah hubungan keluarga dengan kilang tersebut. Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.