awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami tiada kaitan dengan kumpulan penggodam - BERSIH 2.0

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2015
05:55 MYT
Kami tiada kaitan dengan kumpulan penggodam - BERSIH 2.0
MARIA CHIN: BERSIH 2.0 tidak bersetuju dan tidak bertolak ansur dengan serangan ganas, sama ada fizikal atau maya, ke arah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik. -Gambar fail
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Anonymous Malaysia, sebuah kumpulan penggodam yang mengancam untuk menggodam sistem entiti berkaitan kerajaan.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata mereka sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil kumpulan penggodam itu.
"BERSIH 2.0 tidak bersetuju dan tidak bertolak ansur dengan serangan ganas, sama ada fizikal atau maya, ke arah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik," kata Maria Chin.
Menurut Maria Chin, kumpulan penggodam itu mendakwa menyokong Bersih 4 dan dilapor bakal melakukan penggodaman pada tarikh sama dengan penganjuran perhimpunan Bersih 4 yang dijadual diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
"Kami bagaimanapun tidak membenarkan dan mengutuk ancaman yang dikeluarkan oleh kumpulan penggodam ini yang telah menyalahgunakan kempen Bersih 4 dalam usaha untuk melanjutkan agenda mereka sendiri dan apa sahaja yang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Maria juga menggesa kumpulan itu untuk berhenti menyalahgunakan kempen Bersih 4 dan menasihatkan mereka supaya tidak melakukan ancaman yang hanya akan menjejaskan perhimpunan tersebut.
Beliau turut menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Terdahulu, CyberSecurity Malaysia menggesa agensi kerajaan agar berwaspada terhadap serangan hacktivis Anonymous Malaysia yang mengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia pada Isnin menerusi sebuah video berdurasi lapan minit.
Menurut kenyataan di dalam video tersebut, kumpulan penggodam itu mengancam melancarkan serangan pada 29 dan 30 Ogos, mulai jam enam petang hingga 11 malam mensasarkan laman yang menggunakan domain gov.my dan edu.my.
Topic Berkaitan
#Anonymous Malaysia
#Bersih 2.0
#bersih 4
#godam
#hacktivis
#Maria Chin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan