awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/10/2024
02:30 MYT
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Selepas program Kampung Angkat MADANI dilaksanakan pelbagai manfaat diterima termasuk pusat penempatan banjir, tambah baik surau, serta jambatan baharu. - Astro AWANI
BESUT: Inisiatif Kampung Angkat MADANI yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2024 telah membawa banyak perubahan kepada 43 kampung di seluruh negara.
Ia bertujuan mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung, sekali gus merapatkan jurang kemudahan asas.
Antara yang menerima manfaat inisiatif ini adalah penduduk di 10 buah kampung dalam Mukim Hulu Besut, Terengganu.
Sebelum ini, hampir 5,000 penduduk di 10 kampung dalam Mukim Hulu Besut terpisah dengan pelbagai jurang kemudahan dan pembangunan yang dinikmati penduduk di bandar.
Namun, mukim paling ceruk di daerah Besut itu berubah wajah selepas dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah Kementerian Kewangan.
Menurut Penghulu Mukim Tenang dan Hulu Besut, Wan Mohd Najib Wan Mohd Yusof, menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Antaranya projek pembangunan fizikal pembinaan jambatan kecil dan sistem perparitan, pembinaan gelanggang petanque, sepak takraw dan futsal.
“Banyak manfaat yang kita perolehi menerusi inisiatif ini terutama kepada penduduk yang selama ini kemudahan infrastruktur itu agak kurang.
“Namun selepas program Kampung Angkat MADANI dilaksanakan pelbagai manfaat diterima termasuk pusat penempatan banjir, tambah baik surau, serta jambatan baharu.
“Ini semua adalah untuk keselesaan penduduk setempat," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Jelasnya, apabila tiba musim tengkujuh, kawasan kampung mereka juga tidak akan terlepas dari dilanda bencana banjir.
Justeru, Kementerian Kewangan menerusi inisiatif berkenaan telah menyediakan empat pusat pemindahan kekal bagi membolehkan mangsa terjejas akibat bencana berlindung.
“Sebelum ini kita hanya ada pusat pemindahan sementara banjir sahaja yang mana setiap mangsa banjir yang berpindah akan menumpang di surau, sekolah malahan ada yang menunpang di rumah perseorangan.
“Jadi dengan bantuan program ini telah terlaksana empat pusat pemindahan kekal di Mukim Hulu Besut ini dan sekali gus dapat mengurangkan beban yang ditanggung penduduk," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan turut menyerahkan 25 bot penyelamat banjir bernilai RM200,000 kepada Pejabat Daerah Besut untuk kegunaan 10 kampung di Mukim Hulu Besut.
Menerusi Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi 43 Kampung Angkat MADANI di seluruh negara dengan pengagihan RM2.5 juta bagi setiap kampung.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Kampung Angkat MADANI
#Belanjawan 2024
#Belanjawan 2025
#Belanjawan25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan