Kerajaan diminta membuat penilaian segera mengenai nilai tanah di Kampung Baru selain mendapatkan persetujuan pewaris mengenai harga akhir yang akan ditetapkan kelak.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga perlu menentukan tarikh akhir untuk menjawab setiap persoalan pewaris mengenai tanah yang akan dibangunkan.
"Saya minta menteri berkenaan melunaskan janji kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru.
"Kerajaan cuma mengeluarkan pelan pembangunan dan tidak memberi nilai. Ia menyebabkan penduduk marah; ia tidak berlaku sebelum pelan pembangunan dikeluarkan.
"Sekarang perlu kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum membuat sebarang pembangunan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi pewaris berkenaan," katanya semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PKB Naharuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai nilai tanah di Kampung Baru bersama konsortium yang terdiri daripada enam penilai hartanah, sebelum kawasan tersebut dibangunkan sepenuhnya.
Jelasnya, kajian tersebut dijangka siap menjelang Mei atau April ini.
Katanya lagi, kerjasama PKB bersama enam penilai hartanah tersebut bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian isu nilai hartanah yang dibangkitkan oleh pemilik tanah di Kampung Baru.
Johari sendiri pada Januari, meminta kerajaan menjawab persoalan penduduk Kampung Baru mengenai mekanisma pembayaran harga kepada pemilik tanah terbabit.
Tegasnya, rata-rata penduduk juga dilihat tidak menolak pembangunan namun melihat ia perlu diperjelaskan lagi.
Dalam pada itu, kata Johari, proses pembangunan Kampung Baru juga dilihat tidak mudah dengan setiap pemilik mempunyai kepentingan tersendiri.
"Saya dapat aduan sejak pelan dilancarkan, proses pembangunannya tidak seperti sebelum ini lagi.
"Seharusnya diberi sahaja pembangunan walaupun luas tanahnya tidak sebenar seperti yang ditetapkan. Biarlah ada pembangunan, jika tidak kawasannya akan menjadi lebih teruk daripada setinggan," katanya.
Beberapa wakil tanah di Kampung Baru sebelum ini menyarankan penggabungan lot dibuat untuk membantu PKB mempercepat pembangunan lokasi tersebut.
Kata mereka, kerjasama itu harus disusuli dengan penerangan nilai semasa dan status tanah yang akan dibangun oleh pihak berkenaan.
Astro Awani
Mon Apr 06 2015
JOHARI: Apa guna pelan pembangunan kalau ramai tidak setuju? -Gambar fail
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.