KUALA LUMPUR: Kampung Batu Puteh yang terletak di hilir Sungai Kinabatangan, Sabah meraih Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia, yang julung kali diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), di Madrid, Sepanyol, semalam.
Pengumuman rasmi dan majlis penganugerahan berlangsung semalam dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi Koperasi Ekopelancongan Komuniti Batu Puteh Abdul Sanih Nasri, yang menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili.
Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata, kejayaan Kampung Batu Puteh adalah hasil usaha gigih pihak koperasi komunitinya yang mempunyai 350 ahli dan pemegang saham meliputi penduduk desa, nelayan dan petani yang menceburi ekopelancongan dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar.
Usaha sama itu yang diketuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Model Pelancongan Masyarakat Berekologi Mampan (MESCOT) bersama Miso Walai Homestay, yang pernah menerima anugerah inap desa terbaik, menawarkan pengalaman pelancongan budaya berasaskan komuniti yang tersusun, menurut MOTAC.
Sementara itu, susulan anugerah berprestij berkenaan Nancy berkata Batu Puteh adalah model pelancongan luar bandar, ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti bertanggungjawab yang berjaya, yang sentiasa dipromosikan secara meluas oleh Malaysia.
"Bidang pelancongan ini merupakan antara kekuatan utama negara memandangkan kita dikurniakan dengan begitu banyak aset semula jadi, warisan dan kepelbagaian budaya," katanya.
Bagi Malaysia, beliau berkata pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi peluang kepada permulaan baharu berikutan terdapat peningkatan minat terhadap pelancongan "bandar kedua" dan penerokaan destinasi yang kurang dikenali.
"Saya percaya ini adalah waktu terbaik untuk mempromosikan 'permata tersembunyi' dalam negara kita, kerana pelancong dijangka lebih gemar kepada destinasi berasaskan alam semula jadi dengan gaya hidup yang relaks dan udara segar," tambah Nancy.
Beliau juga memuji UNWTO kerana memperkenalkan anugerah itu tepat pada masanya.
"Anugerah dan pengiktirafan ini akan membawa maksud yang lebih besar dan menjadi kebanggaan dalam kalangan perusahaan kecil dan mikro tempatan yang membentuk majoriti perusahaan pelancongan di rantau Asia Pasifik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Pengumuman rasmi dan majlis penganugerahan berlangsung semalam dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. -Facebook MOTAC
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Kampung Batu Puteh di Sabah rangkul anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Dunia
Kampung Batu Puteh yang terletak di hilir Sungai Kinabatangan, Sabah meraih Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia, yang julung kali diperkenalkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan