IPOH: Perniagaan Kacang Puteh, Buntong kembali meriah dengan kehadiran pelawat selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan sejak 11 Oktober lepas, lebih-lebih lagi semakin hampir menjelangnya sambutan Deepavali, Khamis ini.
Tinjauan Bernama di Kampung Kacang Puteh, Buntong, di pusat bandar raya ini mendapati kawasan industri Kacang Puteh yang dijalankan penduduk sejak sekian lama, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan bekalan manisan, muruku dan kudapan untuk sambutan Deepavali mahupun sebagai buah tangan pulang ke negeri masing-masing.
Menurut seorang pengusaha generasi keempat perniagaan itu, T. Seenivasagan, 27, perasaan rindu melayani pengunjung termasuk pelancong dari seluruh negara kini terubat apabila jumlah kedatangan pembeli semakin meningkat setiap hari.
Pemilik premis Selvam Malar Enterprise yang berusia lebih 100 tahun itu berkata antara produk paling laris menjelang sambutan Deepavali adalah muruku biasa dan achi muruku selain pelbagai biskut yang tersedia menanti pengunjung dalam pelbagai bekas plastik yang disediakan.
"Kami sangat gembira kerana perniagaan kembali pulih dan hasil jualan meningkat sebanyak 70 peratus iaitu tiga kali ganda berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini jualan kudapan di Kampung Kacang Puteh yang menjadi destinasi pilihan pelancong ke Ipoh dilaporkan merosot akibat pandemik COVID-19 dan larangan merentas negeri.
Seenivasagan yang dibantu isterinya G. Ellil Vinootteni, 27, berkata beliau sebelum ini terpaksa memendekkan waktu bekerja dua kakitangannya, namun kini telah menambah beberapa pekerja baharu bagi menampung permintaan dan kehadiran pengunjung yang semakin meningkat.
Mengulas lanjut, katanya pertambahan kakitangan itu perlu bagi membantu kerja-kerja memproses, membungkus dan menjual produk dan operasi perniagaan kini dilanjutkan sehingga pukul 10.30 malam kerana menerima lebih 3,000 tempahan pelbagai kekacang, muruku dan biskut setiap hari.
Beliau percaya, rahsia ramuan turun-temurun nenek moyangnya menjadikan produk keluaran mereka yang terdiri daripada lebih 40 kekacang dan kerepek, tetap mempunyai peminat tersendiri terutama bagi produk yang paling laris iaitu kerepek ubi, pagoda dan kerepek campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Kawasan industri Kacang Puteh yang dijalankan penduduk sejak sekian lama, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan bekalan manisan, muruku dan kudapan. - Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kampung Kacang Puteh kembali meriah menjelang sambutan Deepavali
Kawasan industri Kacang Puteh yang dijalankan penduduk sejak sekian lama, tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.