awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Morten dilanda air pasang besar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/01/2022
09:20 MYT
Kampung Morten dilanda air pasang besar
Terdahulu, gambar Kampung Mortem dinaiki air dengan kedudukannya yang dikelilingi Sungai Melaka, tular di laman media sosial hari ini. - Gambar/ Media sosial
MELAKA: Perkampungan tradisional Melayu, Kampung Morten di sini dinaiki air apabila Sungai Melaka melimpah akibat fenomena air pasang besar, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten, Jalina Mahmood bagaimanapun berkata, kejadian itu bukan disifatkan sebagai bencana banjir seperti yang berlaku di beberapa kawasan di lain di negeri ini.
“Air dari Sungai Melaka memang sering kali melimpah ke kawasan Kampung Morten ini kerana kedudukan kampung kami yang terletak bersebelahan sungai.
“Bagaimanapun ini hanya fenomena air pasang yang mana air mula melimpah kira-kira jam 7 pagi tadi kemudian tiga jam selepas itu telah surut sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Mengulas lanjut katanya, penduduk di perkampungan berkenaan bagaimanapun sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan hujan belum berhenti sejak semalam.
“Sekarang ini hujan tidaklah terlalu lebat tetapi membimbangkan juga kerana langit gelap. Jadi walaupun sudah biasa kerana limpahan air ini tidak 'termenung' seperti kawasan-kawasan banjir, tetapi penduduk tetap berjaga-jaga.
“Macam petang ini memang dah kering betullah, tetapi esok pagi mesti akan naik balik kerana fenomena air pasang selalunya berlaku sebelah malam dan awal pagi,” tambahnya.
Terdahulu, gambar Kampung Mortem dinaiki air dengan kedudukannya yang dikelilingi Sungai Melaka, tular di laman media sosial hari ini.
Dalam pada itu, sehingga jam 4 petang ini seramai 1,661 mangsa banjir di Melaka dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara (PPS).
Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan daerah Melaka Tengah mencatatkan mangsa teramai iaitu 868 mangsa, diikuti daerah Alor Gajah (720) dan daerah Jasin (73).
Topic Berkaitan
#kg morten
#banjir melaka
#air pasang besar
#Jalina Mahmood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan