MONTREAL: Pemimpin parti liberal Kanada, Justin Trudeau akan meneruskan mandat ketiga sebagai perdana menteri dalam pemerintahan minoriti keduanya.
Parti Trudeau memenangi 156 kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya ke-44.
Ini diikuti Parti Konservatif dengan 121 kerusi, Blok Quebecois 32, Parti Demokratik Baru 27, dan Parti Hijau dua.
Jumlah akhir kerusi mungkin tidak terlalu berbeza dengan komposisi Dewan Rakyat ketika dibubarkan bulan lalu.
Terdapat 338 kerusi di dewan, di mana parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 170 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.
Parti Liberal menguasai 155 kerusi di dewan sebelum dibubarkan, diikuti oleh Parti Konservatif dengan 119 kerusi, Blok Quebecois 32 kerusi, Parti Demokratik Baru 24 kerusi, dan parti hijau dua kerusi.
Berdepan kritikan dari parti pembangkang kerana mengadakan pilihan raya di tengah-tengah gelombang keempat COVID-19, Trudeau mengumumkan pilihan raya mengejut itu pada 15 Ogos, yang mengakhiri pemerintahan minoritinya selama hampir dua tahun.
Trudeau memutuskan demikian bagi memberi peluang kepada rakyat memilih siapa yang mereka fikir layak serta mampu memimpin negara itu keluar dari krisis COVID-19.
Pembangkang berpendapat keputusannya itu didorong hasrat politik trudeau mahu membentuk kerajaan majoriti dan fokus utamanya bukan pandemik COVID-19.
Astro Awani
Tue Sep 21 2021
Trudeau akan meneruskan mandat ketiga sebagai perdana menteri dalam pemerintahan minoriti keduanya. -Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
Modi dijangka kekal perdana menteri India
Ia merupakan pilihan raya terbesar di dunia dengan hampir 1 bilion rakyat layak mengundi.
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Presiden Rusia dijangka capai 71 peratus
Menurut pengiraan pemilih, penyandang Ketua Negara Vladimir Putin sedang mendahului dengan 82 peratus.
Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
Calon pilihan raya Presiden AS, Dean Phillips tarik diri
Dean Phillips mengumumkan menarik diri sebagai pesaing Presiden Joe Biden kerana mengakui beliau bukan calon yang layak.
Parlimen Pakistan akan pilih Perdana Menteri pada 3 Mac
Calon untuk jawatan itu terdiri Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Muhammad Shehbaz Sharif dan Setiausaha Agung Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Omar Ayub Khan.