HAKKARI: Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki sekali gus menimbulkan pergaduhan dengan pihak Polis pada Selasa.

Ratusan penduduk membanjiri jalanan di wilayah Batman membantah keputusan menggantikan Abdullah Zeydan dari parti pro-Kurdi DEM dengan calon mayor dari parti AK Presiden Tayyip Erdogan dalam pilihan raya pada Ahad.

Para peserta protes melempar mercun ke arah polis sebagai serangan balas meriam air yang dikenakan ke atas mereka, manakala puluhan anggota keselamatan ditempatkan di sekitar kawasan protes, Hakkari.

Turki telah mengambil tindakan tegas terhadap gerakan politik pro-Kurdi sejak musnah proses perdamaian pada tahun 2015 untuk mengakhiri pemberontakan berusia beberapa dekad, dengan menuduh mempunyai hubungan dengan pemberontak Kurdi.

Sementara itu, gerakan tersebut menafikan tuduhan tersebut tetapi telah dilaksanakan ribuan penahanan manakala datuk bandar digantikan oleh pegawai kerajaan selepas pilihan raya sebelum ini.

Tahun lalu, DEM ditubuhkan bagi menggantikan parti yang berdepan kemungkinan penutupan dalam perbicaraan berhubung dakwaan disyaki memiliki hubungan dengan pemberontak tersebut.