GOMBAK: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

"Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

"Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia," katanya pada Selasa.

Tambah Hussein, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Sinar Harian