KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan, semalam.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam.
"Doktor di klinik berkenaan telah mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
"Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Norzamri berkata polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut.
Jenazah mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pada pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh
Ibu mangsa tidak sempat menyelamatkan mangsa sebelum kanak-kanak itu terjatuh.
Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang
Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada 3.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditimpa dinding konkrit dalam pembinaan
Adik mangsa turut ditimpa batu-bata dinding berkenaan namun hanya mengalami cedera ringan.
Kanak-kanak perempuan maut, tiga cedera motosikal masuk parit
Motosikal itu dinaiki seorang wanita bersama tiga pembonceng terbabas masuk parit selepas dilanggar oleh sebuah kereta.
Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.
Kemalangan: Kanak-kanak maut, pemandu lori ditahan positif dadah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala bapa saudaranya parah setelah motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Chandek Kura, Langkawi.
Kanak-kanak 5 tahun maut tertusuk besi ampaian di rumah
Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Sabtu lalu.
Wanita tertinggal anak dua tahun dalam kereta dituduh di mahkamah esok
Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak" - Penggali kubur di Gaza
Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.