Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas treler yang dipandu bapa tirinya terbabas berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, treler yang membawa muatan kayu tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala arah selatan apabila ia terbabas dan terbalik.

Kemalangan mengakibatkan Siti Nurmalina Mohamad Nazri maut di tempat kejadian.

Beliau berkata adik mangsa Mohd Haikal, 10, yang turut berada dalam treler tersebut cedera begitu juga dengan bapa mereka.