awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-Kanak dikhuatiri lemas di Ayer Hangat

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2013
13:00 MYT
Kanak-Kanak dikhuatiri lemas di Ayer Hangat
Seorang kanak-kanak 8 tahun Mohd Ikhwan Mahadir pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Ayer Hangat hilang dikhuatiri lemas sejak petang semalam.
Kejadian berlaku lebih kurang 3.30pm semalam semasa Mohd Ikhwan dan dua lagi rakan sebayanya sedang menyeberang muara Sungai Rebang, Ayer Hangat bertujuan untuk mandi manda di pantai bersebelahan.
Menurut saksi tempat kejadian Mohd Ikhwan dikhuatiri tidak berjaya melepasi muara sungai manakala selepas menyeberang muara tersebut pula rakan mangsa juga tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan Ikhwan mungkin berpatah balik kerumah.
Setelah beberapa jam tidak pulang ke rumah ibu mangsa bergegas mencari rakan-rakan Ikhwan dan kali terakhir mereka nampak Ikhwan ialah semasa menyeberang muara tersebut.
Laporan polis dibuat pada jam 9.30 malam semalam di Balai Polis Ayer Hangat dan pihak Bomba kemudiannya memulakan operasi mencari di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pm malam tadi.
Sehingga jam petang tadi usaha mencari yang diketuai oleh Ketua Bomba Persiaran Putra Langkawi Ahmad Noor Syamsi Zainoldin terus dijalankan.
Selain pihak bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysi dan polis orang ramai juga turut berusaha mencari kanak-kanak tersebut operasi mencari akan terus dijalankan sehingga malam.
Turut hadir memberi sokongan pada pasukan mencari ialah Adun Kuah Nor Saidi Nayan.
Topic Berkaitan
#Ayer Hangat
#hilang
#Kanak-kanak
#Mohd Ikhwan Mahadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan