awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun ditemui mati dalam mesin basuh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/10/2023
21:30 MYT
Kanak-kanak enam tahun ditemui mati dalam mesin basuh
Bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kira-kira jam 11.44 pagi.
Menurutnya, mangsa ditemui neneknya di dalam mesin basuh pakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.30 pagi.
“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ambulan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Yahaya berkata, bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).
Jelasnya, semasa kejadian mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Beliau menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan untuk mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.
Topic Berkaitan
#mesin basuh
#kecederaan kepala akibat objek tumpul
#Kampung Sungai Tapah Tambahan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan